Shah Alam Banjir Kilat

Mula-mula ingatkan ini cerita viral murah kat facebook. Tapi rupanya memang betul banjir. Risau dah macam mana pula laki aku nak balik ke rumah, sebab ini memang laluan dia.

Beriya aku share itu ini kat laki aku, tanda kasih seorang isteri takut lakinya terperangkap dalam jem. Rupanya dia tak tengok pun apa aku share tu. Bertuah.

Rasanya ini antara banjir kilat yang teruk setakat ini sepanjang aku duduk Shah Alam. Tapi memang pernah dengar Shah Alam pernah banjir pun sebelum ini.

Sedang aku sibuk memikirkan macam mana orang nak balik rumah. Susahnya kereta yang stuck dalam banjir dan lain-lain hal masyarakat dan komuniti. Tak terlintas langsung dalam fikiran aku, rumah kami pun akan naik air.

 Agak panik juga bila tengok kereta bersusun tak lepas nak masuk lorong rumah. Semua tertunggu kalau ada adiwira yang nak memulakan langkah, confirm akan ada follower.

Setelah setengah jam buntu dalam kereta. Nak redah ke nak check in hotel. Akhirnya ada seorang abang selang sebuah kereta dari aku mulakan langkah. Pecut habis nak elak air masuk kereta aku kira.

Berbekalkan semangat dan teknik yang aku tiru dari abang tadi, aku pun pecut laju-laju kereta berharap air tak masuk ekzos. Berjaya.

Malangnya suami yang balik lewat sikit dari aku, langsung takleh masuk dah. Dia parking jauh dan naik ford ranger masuk kawasan rumah berjumpa anak isteri.

Beberapa deret rumah termasuk kedai makan kak sam yang sering dikunjungi warga kilang dimasuki air. Aku lihat mereka punggah beberapa barang keluar.

Itu kisah banjir yang tidaklah darurat, tapi life experience. Moralnya kau takkan tahu apa yang akan berlaku pada kau setiap hari. Rencana Allah lebih hebat. Bila jadi benda macam ni, mengingatkan kau supaya lebih berhati-hati.

Bersedia dengan setiap kemungkinan. Paling penting kau juga belajar beberapa teknik meredah banjir dan jangan usik kereta kalau dah stuck dalam air.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *