Sukses bukan akhir, gagal bukan mati

  

Aku tengok banyak drama hari ni. Facebook thread pun penuh pasal UPSR.

Seronok dengar adik-adik yang dapat keputusan cemerlang. Gred-gred di sekolah dah naik. Termasuklah keputusan anak buah aku, baik. Tahniah haikal.

Tapi something does struck me today. 

Lepas dapat tau keputusan Haikal, adik beradik aku masing-masing pun share result UPSR kami dulu.

Abang – 2A 2B 1C

Uji – 2A 2B

Akak – aku pun teruk

Aku – 4A

Then uji bersuara. Aku dapat 2A 2B, aku jadi lecturer hari ni. Abang jadi cikgu. Elot je pandai sikit pun jadi wartawan (aku tak tau maksud ayat last dia ni).

Akak: aku result teruk tapi aku hari ni gaji 5k ++ sama dengan kebanyakkan manager, lecturer atau guru.

Yes, exactly.

  

Aku takdelah kata suruh gagal cepat-cepat. Tapi this is life. Bukan semua ditentukan oleh peperiksaan.

Hidup untuk orang yang rajin. Untuk orang yang berusaha. Percayalah rezeki Allah. Kerana percaturan Allah melebihi segalanya.

Tapi Uji yang 4 flat kat UiTM dulu, result UPSR 2A2B jer. Haha thats new. 

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *