Coconut shake klebang original

Selalu dengar tapi ini first time nak cuba. Itu pun sebab misi nak tengok rumah terbalik terpaksa dibatalkan, kerana perlu beratur panjang. Terus buat request nak try Coconut Shake Klebang yang super famous ni.

Nak cari tempat ni untuk yang pertama kali, is not easy.

Sebab hampir semua stall yang ada sepanjang jalan tu mendakwa dirinya adalah coconut shake klebang yang asli, power, umphh, terhebat.. yada yada yada…

Terus search kat Google. Original Coconut Shake Klebang ada payung aiskrim Walls dan signage pun ditaja walls.

So ini caranya untuk mencari Coconut Shake Klebang yang menjadi bualan tu.

Bagi mereka yang dari arah Tanjung Kling menghala ke bandar hilir, perhatikan kubur dan juga Caltex. Landmark paling jelas.


Bila dah nampak caltex ni dah boleh bersedia nak belok kiri.


Dari bandar hilir, boleh gunakan Taman Klebang Permai sebagai landmark.


Orang beratur nak beli coconut shake. Barulah ada kepercayaan itu.

 

Beratur panjang ni untuk orang yang nak bungkus. Tapi kalau korang nak minum, sambil makan kuih yang pelbagai, better masuk dalam.


Kat bahagian dalam ada parking yang agak luas. Jangan risau kalau penuh sekali pun, sekejap aje pasti ada kosong.


Stok kelapa untuk dishakekan.


The famous coconut shake klebang.


Orang ramai tu normal. Bertabahlah sedikit. Tapi bila dapat duduk, anda akan rasa penantian berbaloi dengan sedutan coconut shake tu.

Bagi mereka yang datang in group bolehlah cop dulu tempat siap2. Tapi kalau takat 2 orang, terus aje beratur bayar kuih and coconut shake. Nanti nak duduk boleh selit-selit.


Kuih and coconut shake ni rm7.40.

Gambar keluarga supaya senang anak aku nak percaya nanti kami pernah datang coconut shake klebang.

 

Ini alamat untuk korang g.map atau waze. Aku amik sekali sijil SSM bagi puashati.

Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, 75000 Klebang Besar Malacca, Malaysia
Open in Waze

Nasihat aku bagi mereka yang datang sini, selain order untuk minum. Bungkuslah juga sekali. Trust me. Half hour later korang akan ada penyesalan napelah tak bungkus tadi. Macam aku ni.

 

Haih..

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *