Kendurian dibatalkan sebab durian mentah

Frust gila penggemar durian. Tunggu bagai nak rak, akhirnya kendurian menjadi sebuah acara yang mengecewakan. Durian yang dibawa pagi ni mentah dan keras. 

So jadilah ia acara tengok-tengok durian. Kalau dalam cerita P Ramlee tu cakap amik bau. Tapi kalau dah mentah, bau durian apa yg kau nak bau? Bau yang ada hanyalah bau kemarahan.

Promo kendurian ni dah tular sejak seminggu lalu. RM19 dewasa dengan tagline makan sampai pengsan.

Tapi pagi ni, boleh dikatakan 90% yang pergi kecewa menerusi posting facebook yang dihujani bermacam komen negatif.

Hmm, mujur aku tak pegi lagi.

Sama ada ini sebuah hidden agenda atau tidak, kendurian menimbulkan kemarahan banyak pihak yang rasa tertipu. Such a great promo, but at the end, it such a big failure. 

Orang beratur panjang dan bersesak. Stall tak buka meskipun melebihi jam 1030. Durian thailand didakwa sebagai durian perak. Super duper kecewa apabila mengetahui bahawa semua durian itu adalah mentah.

Maka bersiaplah aku untuk menuju ke aeon mall dan beli puff durian. 
Terima kasih banyak. #buatlahlagi

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *