Omgeee!! McDonald Mcflurry Durian Love Sgt!

After annoucement semalam, Mcflurry Durian dah ada kat McDonald. So lunch tadi singgah kejap McD seksyen 3 utk try.

Promo Mcflurry Durian

Syukur queue pendek aje tak mcm selalu. Maybe orang tak sedar lagi kewujudan aiskrim separa asian ini kan. Lega.

Sampai turn, kami pun order dengan penuh yakin “aiskrim kon durian dua“. 

Tersenyum lebar membayangkan aiskrim kon yang bakal dinikmati…

Tapi adik tu jawab: ada mcflurry je utk durian ni.. kon takde..

Pulakkk..

Walaupun mengomel2.. sebab harga rm7.99 kot mcflurry tu.. tapi kami order jugalah.

Tapi masuk aje suapan pertama… Aiskrim vanilla sejuk… diselitkan rasa manis lemak durian didakwa D-24 tu.. fuhh.

Happy seperti nak lompat bintang!

Dont expect mcflurry ni macam kita makan durian. 

Tapi combination aiskrim vanilla dan durian ni really really work for me.
Dah macam ketagih lah pulak.

Balik kerja tadi pun, lepas amik auni terus ke mcD lagi. Kali ni McD padat! 

Empat lima orang bawak keluar aiskrim durian. Yang drive thru pun sama. Agaknya kalau boleh kepit kat ketiak dah lama orang buat. Ditambah pula dengan cerita tempat lain dh out of stock. Gossip tersebar. Org mula panik!!

Jadi panjang ke, pendek ke, aku tetap gagah  dapatkan mcflurry durian.. kali keduanya

Dan malam ni aku masih terasa nak lagi.

Mcflurry durian ni memang berhantu eh?Seriously.. berhantu aiskrim ni. 

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *