Microsoft universal foldable keyboard

If someone ask me what i love in this world. Jawapan rasanya, selain aiskrim Baskin Robbins Love Potion, gadget will be it, err or maybe gadget will come first.

Universal foldable keyboard

So what so special about this keyboard? Sebab dia bukanlah baru. Dah ada di pasaran sejak dari 2015-2016 lagi.

My honest answer is because of the size, shape, compactness and portability. Tapi bukan kerana easiness of typing. If you were a serious ‘typist’ dan daily routine is serounded by kerja-kerja menaip. This keyboard might not be it.

Nipis

Ini yang buat dia win among other keyboard that i’ve tested. Easily boleh masuk dalam handbag, laptop bag, even pocket and easily boleh dibawa kemana-mana. Those yang selalu pakai slingbag will appreciate this keyboard.

Keyboard ni ada magnet yang melekatkan kedua-dua side dan tidak akan terbuka jika kita masukkan dalam beg dengan barang-barang yang lain.

Ini perbandingan saiz dengan tapak tangan seorang manusia normal.

Full QWERTY keyboard

Apabila dibuka, this keyboard serve as a full size QWERTY keyboard or 80% to be exact. But some drawback yang ketara akan kita rasa apabila menggunakannya, iaitu jarak antara dua side keyboard ni agak jauh.

Ini menyusahkan bagi mereka yang bukan menaip menggunakan dua-dua tangan. Meskipun microsoft mendakwa keyboard ini bukanlah ergonomic shape keyboard, tapi it actually is.

My typing speed reduce bila pertama kali mencubanya. Mata perlu sentiasa di keyboard. Tak seperti keyboard desktop biasa yang kita boleh sekadar jeling-jeling.

Tapi lepas few try out. Typing speed is improving. Post ini ditaip menggunakan Microsoft Universal Foldable Keyboard.

Watch out for the T, G, H and N

Agaknya sebab bentuk keyboard ini ergonomik, Microsoft buat keputusan untuk jadikan beberapa kuncinya saiz lebih besar iaitu T, G, H dan N. Tapi keputusan ini sebenarnya satu kesilapan besar buat Microsoft kerana kekunci ini bukan sahaja terasa aneh tetapi menyebabkan spelling mistake yang kerap.

Susah nak agak kita hit kunci yang betul kerana saiz empat huruf ini lebih dominan. Rata-rata yang menggunakan keyboard ini berharap that this key bersaiz normal dan mungkin yang boleh dibesarkan adalah kekunci lain seperti enter dan sebagainya yang kurang usage.

Impressive battery life

Bateri keyboard ni bertahan agak lama untuk sekali charge. Setakat ni dah bertahan seminggu dengan penggunaan lebih kurang 3-4 jam sehari.

Menurut Microsoft, keyboard ni can last up to 3 month in single charging. And whenever the battery is dead, dont worry. Plug it on a normal microUSB cable yang turut disediakan sekali.

Compatibility

Dari segi compatibility, keyboard ini support few usual OS. Saya menggunakan iPhone, iPad dan try connect to Huawei P9 tanpa masalah. Mungkin beberapa fungsi shortcut kena test dulu untuk memahami functionality nya.

Keyboard ini juga support peralihan antara dua device. Meaning kita boleh beralih tugas antara iphone ke iPad, iphone ke android dengan satu touch buton. Quite simple.

Verdict:

Microsoft Universal Foldable Keyboard ini memang win dari segi saiz, tahan lasak, hayat bateri, dan compatibilitynya. Its a dream untuk traveller, wanita dan gadis bawa ke mana-mana. It take some times to get familiar with the key. Typing speed kita mungkin tak sama seperti desktop keyboard, tapi selepas beberapa latihan ia akan improve dan not that bad. Its a no, no for a heavy user menaip. But for media people, taking notes, and maybe blogging. Boleh tahan.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. August 20, 2018

    […] baca juga] – Microsoft Universal Keyboard Satu lagi teman terbaik iPad […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *