iPad Pro dan apps terbaik untuk kerja

Teknologi yang membantu. Kalau nak perubahan dari segi cara kita buat kerja, aku syorkan if ada duit lebih sikit, boleh dapatkan iPad Pro.

Adakah iPad Pro pengganti laptop

Itu terpulang kepada keperluan masing-masing. Sejujurnya aku dah agak lama tak guna desktop. Beralih antara laptop dan iPad.

Salah satu sebabnya, kerja yang lebih banyak on-mobile. Meeting, presentation and discussion yang membuatkan aku tak banyak duduk di meja. Jadi tak perlu melekat pada lokasi. Mana-mana pun boleh jadi office.

Then, ada pula Apple Pencil. Sebuah rakan karib yang agak mewah juga harganya untuk iPad Pro. But, it can do wonders. Worth the investment. Gabungan kedua-kedua ini, dan beberapa apps yang aku senaraikan ni akan bantu banyak produktiviti kerja.

(*iPad Pro juga datang dengan size 12.9″ seperti saiz sebuah skrin laptop).

The basic – reading

Ebook

Basic penggunaan iPad adalah untuk membaca ebook. Saiz yang tepat, seperti sebuah buku nota, buat kita lebih selesa membaca dan juga mencatat. Try download emall. Ada majalah, buku dan novel lokal terbitan Karangkraf. Of course aku ceritakan dalam blog ini kerana ini kerja aku.

iBook

App percuma yang termuat dalam mana-mana device Apple. Boleh simpan PDF atau material bacaan lain untuk dibaca nanti-nanti. Aku selalu simpan research, insight on digital, mana-mana case study untuk aku baca dan adapt dengan kerja.

Boleh tanda bookmark, highlight text dan share ibook. Time travel seorang, ini teman yang boleh diharapkan. iPad 10 inch paling ideal untuk mereka yang selalu on the move dan ada beg yang cukup-cukup ruang.

[Sila baca juga – Microsoft Universal Keyboard Satu lagi teman terbaik iPad Pro]

The intermedium – writing

MyScript Nebo

Jika tugas kau banyak menulis, mencatat dan conteng-conteng. Kau akan appreciate apps ini.

http://www.aninadila.com/uploads/2018/03/final.mov

MyScript Nebo boleh menukar tulisan tangan kepada teks, tidak kira betapa hodoh tulisan kita. Percayalah sebab aku dah cuba. Bayangkan app ini di saat idea datang mencurah-curah. Tulis sahaja, biar apps ni buat selebihnya.

MyScript Nebo ini pun boleh selesaikan masalah matematik dengan hanya menulis. Anda akan terpegun or at least berterima kasih.

Pigment

Apa cara terbaik bunuh masa? Jawapannya mewarna. Ini bukan mewarna jenis isi warna (fill bucket) – tapi option ni pun ada. Ini pengalaman mewarna sebenar. The scretching, the layer, the color mix, tenyeh dan padam.

Perlu diingatkan ada beberapa lukisan dalam Pigment yang perlu dibayar. Tapi tak perlu beriya sangat. Download dan warna yang percuma pun dah cukup banyak. Melainkan anda memang fanatik mewarna. Silakan, tak siapa menghalang.

The advanced – editing

Photoshop mix

App dari Adobe ini adalah percuma. Kita boleh buat poster dengan 10 layer tersedia. Tugas cropping yang kita rasa hanya expert mampu membuatnya, adalah tersangat mudah dengan Apple Pencil.

Hasil sebuah poster amatur oleh seseorang yang langsung tiada background graphic.

Vimo

Create jiwa pada presentation dan keluar sikit daripada gaya normal. Vimo boleh hasilkan simple motion pada gambar dan video. Nak buat tu tak susah, cuma perlu ada kreativiti. Banyak elemen tersedia yang boleh digunakan. Sebagai contoh aku memotionkan gambar orang keliru dan memasak untuk presentation tv program.

Tech verdict: iPad Pro, worth buy for those yang tidak ada laptop dan banyak bekerja secara mobile. Tetapi penggunaan editing yang heavy tidak digalakkan kerana perlu storan yang besar. Untuk presentation, blogging, menulis, menaip, video editing, photo editing, simple animation, it will do the work. Highly recommend Adobe Photoshop app (Mix dan Fix). Cropping requires less skill. Akan banyak manfaat terutama mereka yang banyak buat photo editing produk, promo poster dan sebagainya.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *