Educatio Team Rocks!

Ini satu lagi event yang menyebabkan kesibukan aku minggu lepas, selain daripada deadline bulanan majalah aku. Mini Karnival Karangkraf 2009, cukup meriah, begitu bersemangat dan menyeronokkan sampai penat tak terasa. Bohonglah kalau aku kata x penat langsung. Penat tu memanglah penat, tapi penat yang menggumbirakan. he he..

Habis sunburn muka aku yang dah sedia hitam ni. Itu tak kira minyak dan habuk yang boleh disapu dari muka. Namun, semua itu tidak menjadi soal bila mana Majalah PC latest issue habis terjual semuanya. Majalah E-Baca yang aku pernah sama2 bangunkan satu ketika dulu pun habis SOLD OUT semua isu bukan yang latest je. Majalah lain kat booth aku iaitu E-Siswa dan Fokus SPM pun sama. Terjual dengan larisnya. GO educational team!

mini karnival

Majlis perasmian- Our CEO Tuan Haji dan Datuk Noraini

Bukan target utama untuk jualan sebenarnya. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan hasil jualan majalah yang akan digunakan bagi membina surau kami yang baru. Untuk memuatkan lebih ramai jemaah dan staf. Untuk mendekatkan diri kami semua kepada YANG SATU. Bukan kata company aku xde duit. Tapi amalan baik itu akan dikongsi dengan semua org utk mendapat keberkatan dariNYA.

Oh ya, satu lagi. Majalah PC dalam masa yang sama menyambut ulangtahun ke-10 pada Mini Karnival ni. Dah 10 tahun majalah IT berbahasa Melayu ni berada di pasaran. So Thumbs Up MPC!!

Also thanks to all – Abg Jalal, Kak Sheri, Achiek, Ida, Dina, Abg Harun, Liza, Eima, Naimah, Abg Adan, Sarah, Shima, Norzi, Ustaz Sharom dll ats usaha kita bersama menjayakan booth kita! Pesta Buku coming up next! GO GO!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *