Semalam aku pegi asignment…

Semalam aku pegi asignment…

Asignment yang tidaklah terlalu jauh sbnrnya. Tp dek kerana signboard yg tidak begitu berkesan dan kejahilan aku ttg jalanraya di kota metropolitan ini, aku berpusing lah dua tiga kali sebelum sampai ke Sunway Damansara. Bagi yang tau Sunway Damansara, lu orang jangan eksen eh. Kalo kita datang dari arah Ikea, memang x nampak signboard tu pun. Bila aku U-turn sbb dah terlajak nak sampai Uptown Damansara tu, baru aku nampak signboard yg cukup besar.. Sunway Damansara..

Semalam aku pegi asignment…

Aku bertembung dengan seorang pemandu kereta ‘bukan jenama tempatan’ yang sungguh laju lagaknya. Tidak langsung memberi aku peluang nak masuk selekoh Sunway Damansara tu. Udahla lewat nak dekat 45min, aku nampak signboard bila dah hmpir2 sampai simpang. Aku ‘mensignal’ ke kiri namun langsung tidak diberi peluang masuk. Terpaksa U-Turn sekali lagi kat depan plak. Sempat lah mamat tu membuat jelingan kat aku. Mungkin dia ada hal ’emergency’ sgt gamaknya. Cetus hati kecil aku utk menolak kata2 setan yang sudah mula nak menghasut.

Semalam aku pegi asignment…

Asignment CanonFoto iaitu Software terkini daripada partners Canon untuk membolehkan orang ramai buat Photobook secara mudah dan senang. Hanya sediakan gambar yang diinginkan (bak kata org CanonFoto, inilah part yg plg lama sekali), upload, pilih seting photobook dan kemudian save project utk dihantar pada kiosk CanonFoto atau boleh pesan secara online. It takes 10 days for your final Photobook sampai ke rumah. Packaging dalam kotak ala2 kotak Pizza. Impressive nye softaware ni, anda cuma perlu kira2 3min utk siapkan buku album anda itu (jika anda tidak cerewet). U all should try.

Semalam aku pegi asignment…

Aku dapat Photobook RM99 percuma. Belum buat lagi. Kena buat dan order kat diorang. Sape nak bagi. Skang ni aku ada asignment baru plak iaitu memilih gambar paling menarik untuk Photobook aku tuh.

Semalam aku pegi asignment…. the end

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *