Nokia E71 - Menarik, Kompak, Nipis
Nokia melancarkan telefon pintar E71 dengan papan QWERTY penuh dan akses sekali sentuh untuk Emel. Mereka yang menggunakan Microsoft Exchange di tempat kerja boleh mengakses emel menerusi klien emel Exchange untuk mobil yang didatangkan sekali pada telefon bimbit ini. Pengguna boleh melihat kalendar, kontak, dan pautan fail Word, Excel, PowerPoint serta fail PDF. Penyelesaian Emel Wayarles Pintar Nokia juga membolehkan akaun emel lain diakses seperti Yahoo! Gmail dan Hotmail, sementara butang khas memudahkan pengguna bertukar antara mod skrin kerja dan mod peribadi. Selain itu, E71 turut dilengkapi GPS, wayarles LAN, 3G, dan enskripsi data untuk memori terbina dan kad memori bagi melindungi data-data penting daripada dicerobohi. - Majalah PC
*Spec: WCDMA 850/900/1900/2100/HSDPA. GSM/EGSM 850/900/1900. Platform S60. Kamera 3.2MP/Video QVGA/Auto Fokus/Flash/Panggilan Video. Pemain Muzik/Radio Visual/Browzer Mini Map Nokia/Ovi. GPS/A-GPS/VPN Terbina/Enskripsi Data. HSDPA 3.6Mbps/WLAN IEEE 802.11g/ FS-USB/ Bluetooth/ A2DP/ AV2.5mm. Memori 110MB/microSD 8GB. Masa Sedia 17 Hari/Berbual 10.5 Jam. Saiz 114×57x10mm/126g. Harga RM1,950.- Majalah PC
Great phone to grab! Saya belum dapat explore sendiri feature yang terdapat pada telefon ini, tetapi dari segi rekaan ianya ringkas, kompak dan selesa dipegang. Telefon ini juga menarik bagi mereka yang inginkan gaya korporat. Tidak sebesar handphone dengan keyboard QWERTY Nokia sebelum ini, E71 lebih kurang selebar tapak tangan. Meskipun Nokia meletakkan harga RM1,950, tetapi di Alam Sentral Shah Alam (sempat saya survey) dijual pada harga RM1,850. Satu lagi yang sempat rakan saya survey di seksyen 18 RM1,750 (tapi tak tanya pulak kat mana).
