Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

Ipod Shuffle 3rd-Gen

Wahh! Dah masuk 3rd generation dah, tapi satu generasi pun aku x beli lagi, haha. Anyway, last week aku pegi pelancaran Ipod Shuffle 3rd Generation, the smallest, the slimmest, the slickiest music player claim by Apple. Pemain mp3 ni kecil sahaja, ala2 thumbdrive. Look really nice kalo klip kat baju dan saiz kecil plak membolehkan anda selit kat mana2 tanpa rasa ianya mengganggu.

img123
alahai comelnya tangan ni.. (siapa??)

Bezanya ipod shuffle kali ini berbanding terdahulu adalah dari segi saiz dan kawalan pemain. Nada (volume), forward, backward, menukar trek adalah dikawal menerusi fon telinga khas yang mempunyai pengawal terbina. Fon telinga ni bukanlah aksesori baru, dah diperkenalkan dari tahun lepas lagi, tapi peliknya aku tak pernah dengar pun?? (aku ke yg ketinggalan).

Anda perlu menghafal step2 cthnya: dua klik untuk tukar lagu, klik dan tahan untuk nama lagu, forward dll (aku pun tak ingat sgt) agar fon telinga ini dpt berfungsi spt yg anda kehendaki. Ada dalam manual tapi kalo lama2 aku rasa dah takde masalah nak ingat. Tetapi kalo tak biasa jugak, aku tak tau nak kata apa.

Fon telinga ini didatangkan sekali dgn ipod shuffle, bersama dua pilihan kabel USB untuk mengecas. Kalo guna earphone biasa pun bole, tp korang takkan dapat fungsi adjust volume ni dan ciri lain yg ditawarkan. Hanya dengar lagu secara Random (konsep utk shuffle).

Satu lagi ciri baru ipod yang cinoni ini ialah fungsi boleh bercakap. Itu pasal ipod shuffle ni punya tagline ‘player that talks to you’ mcm tu lah lebih kurang bunyinya. Anda boleh ketahui nama penyanyi dan dari album mana trek lagu yg anda dengari. Ia menyokong 14 bahasa termasuk Inggeris, Mandarin, Sepanyol, Perancis, Mexico dll (tapi xde bahasa Melayu ya). Hanya pegang dan tahan (hold) pengawalnya dan ia akan menyebut nama berserta album trek lagu anda.09ipodshuffle_both

Harga, aku boleh kategorikan sebagai agak mahal jugak. RM309 (4GB) dan boleh didapati dalam warna hitam dan putih. Bagi yg minat bebenor kerana rekabentuk dan fungsinya, mungkin tak terasa mahal. Bagi aku, i rather go for nano/touch. Biar mahal sket, tapi berbaloi. Namun, bagi mereka yang mencari simple mp3 player, bolehlah mempertimbangkan yg ini.

ipod shuffle


Leave a Reply

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughLOLFrownBig FrownWinkKissRazzAngelAngryReally AngryConfusedNeutralThinkingChicCoolNerdSillyDrunken RazzMad RazzEvil GrinMeanPissed OffReally PissedCurseShoutGrit TeethCryWeepSide FrownWiltSmugDisdainRoll EyesSarcasmLoserTalk to the HandShyBeat UpPainShameBeautyBlushCuteLashesKissingKiss BlowKissedHeh!SmirkSnickerGiggleIn LoveDroolEek!ShockSickSuspenseTrembleDazedHypnotizedFoot in MouthMoney MouthQuietShut MouthDOH!IDKQuestionLyingStruggleSweatStopByeGo AwayWavingTime OutCall MeOn the PhoneMeetingSecretHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightClapDanceJumpFingers CrossedVictoryYawnSleepyPrayWorshipWaitingAlienClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierGhostSkeletonEatStarvingVampireZombie KillerBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteYesNoAirplaneCarIslandAnnouncebrbBeerDrinkLiquorCakeCoffeePizzaWatermelonBowlPlateCanMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette