Lenovo stail Wii

Lenovo Stail Wii?? Nop, bukannya Lenovo dah kuarkan gaming konsol baru. Tetapi, ‘ala-ala’ tu adalah. Permainan terbina yang ditawarkan oleh komputer desktop ini dilengkapi teknologi 3D dan gaya permainan ‘ala-ala’ Wii seperti Ping Pong, Snow Ball dan Tenis. Semuanya dikawal menerusi alat kawalan jauh yang di ‘bundle’ kan sekali bersama pembelian komputer ini.
Sape2 yang berkenan benar dengan Nintendo Wii, tetapi dalam masa yang sama nak kena beli jugak satu PC untuk rumah atau tempat kerja, bolehlah menimbang2kan Lenovo IdeaCentre A600 yg dijual pada harga bermula RM3,999.
Dari segi rekabentuk, korang boleh harapkan sesuatu yang nipis dan bergaya di mana semuanya dipasang secara ’semua-dlm-satu’. Situlah CPU, situlah monitor dan situlah untuk anda pasang USB, HDMI dan juga dikatakan menyokong cakera Blu-Ray. Hmm Blu-Ray, hebat! tetapi diperbetulkan, menyokong Blu-Ray tapi bukan untuk model A600 yang diedarkan di Malaysia. Ia hanya ada di luar negara. Penggunaan dan permintaan Blu-Ray di negara kita masih rendah, so hanya DVD/CD drive ditawarkan setakat ini. Kuciwa!
Spesifikasi yang diketahui ialah: Intel Core 2 Duo T660, 2.2GHz 800FSB 2MB L2 Cache. 2GB DDR3 SDRAM. DVD Super Multi Burner. 640GB HDD. Skrin 21.5 inci. ATI Radeon HD 3650 256MB. Tuner TV Hibrid dan alat kawalan jauh.

April 21st, 2009 at 8:23 am
Dengan harga rm3,999 cuma dapat dual core…? Tak berbaloi kot…