Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

Evolusi Netbook

Netbook semakin mendapat tempatnya dikalangan pengguna yang inginkan pengkomputeran mobil mudah dan kompak. Ramai yang bertanya pada saya Netbook mana yang paling sesuai dibeli. Susah nak cakap sebab banyak yang tengah bersaing sekarang ni. Jenama seperti HP, Asus, Acer dan MSI boleh dibeli pada harga sekitar RM1,200 - RM1,500. Ada yang menawarkan storan SSD 80-120GB dsbnya, storan flash 8GB, kamera web, WiFi (wajib ada) dan 4xport USB. Hah! pembaca kad 5-dalam-1 pun ada juga untuk Acer Aspire One. Jika guna OS Linux lebih murah berbanding nak pasang Windows XP. Jika nak jimat, beli saja yang jalankan Linux kemudian install sendiri XP (pun boleh).

Asus EEE PC versi awal (antara terawal yang boleh kita lihat di pasaran) mempunyai beberapa kelemahan. Paling ketara adalah tempoh bateri. Dalam 2 jam penggunaan anda perlu cas semula. Ketahanan juga kurang jika dibandingkan dengan versi baru 901/1000. Versi 701 cepat panas, manakala versi baru 901/1000 boleh bertahan sehingga 7 jam, memori lebih luas dan mempunyai ciri tambahan seperti tahan impak (bagus untuk komputer mobil). Jika anda ingin dapatkan EEE PC, beli model terkini yang turut menawarkan resolusi kamera web lebih tinggi.

Acer Aspire One memang menarik dari segi warna! Saya suka betul dengan warna coklat keemasan, nampak eksklusif. Ia dilengkapi WiFi 802.11 b/g yang ditambah dengan Acer Signal UP, membantu anda cari signal wayarles lebih baik. Netbook ini juga tawarkan gabungan beberapa akaun emel pada satu tempat, mudah sket nak akses emel anda di Yahoo! Gmail Outlook dan sebagainya. Perisian antivirus juga didatangkan sekali. Harga RM1,399.

Mini-Note HP boleh disifatkan sebagai komputer riba dalam saiz yang kecil sebab pertama kali anda pegang, anda tak perasaan yang anda sedang gunakan komputer kecil. Memori 80GB, ada kamera web, jalankan Windows (ada juga yang pasang Vista), warna silver dan nampak lebih lasak. Kalau nak Netbook yang hebat, boleh ambil yang ini tetapi harganya juga ‘hebat’ lah, RM2,299. Harga ini membuatkan orang ramai beralih kepada yang lebih murah. Bagi mereka Jika RM2,299 lebih baik dapatkan komputer riba biasa?? (bagi sesetengah orang). Namun, tepuk dada tanya selera. Ikut keperluan dan kehendak masing-masing.


4 Responses to “Evolusi Netbook”

  1. hicarl Says:

    netbook memanglah kecil tetapi tak ade rasa kepuasan kalau tengok video ke atau main game…masih ada banyak kelemahan..lagipun netbook masih tidak popular dikalangan rakyat malaysia…anyway visit my blog eh http://www.stiffersniper.blogspot.com..drop a comment please Razz ..emm buku A-Z blog belum keluar kat pasaran lagi ke?

  2. Ani Nadila Says:

    Agreed. Seperti yang saya katakan tgk keperluan dan kegunaan. Lagipun Netbook mmg tercipta untuk surf net, nak function lebey kena beli notebook. Trend is there, tapi biasalah pendedahan di kalangan rakyat jelata kat Malaysia ni agak slow.
    Buku blog still in layout process. Publisher said can be ready by this week. Akan ku hebahkan bila kuar nnt. Thanks for your comment!

  3. Nizam 'Mysticmind' Ahamad Says:

    cakap je la ko ader EEE pc tuh Razz

  4. Ani Nadila Says:

    Ala Catborg.. ko memang iri hati kat aku akn ada EEE pc tuh.. ha ha

Leave a Reply

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughLOLFrownBig FrownWinkKissRazzAngelAngryReally AngryConfusedNeutralThinkingChicCoolNerdSillyDrunken RazzMad RazzEvil GrinMeanPissed OffReally PissedCurseShoutGrit TeethCryWeepSide FrownWiltSmugDisdainRoll EyesSarcasmLoserTalk to the HandShyBeat UpPainShameBeautyBlushCuteLashesKissingKiss BlowKissedHeh!SmirkSnickerGiggleIn LoveDroolEek!ShockSickSuspenseTrembleDazedHypnotizedFoot in MouthMoney MouthQuietShut MouthDOH!IDKQuestionLyingStruggleSweatStopByeGo AwayWavingTime OutCall MeOn the PhoneMeetingSecretHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightClapDanceJumpFingers CrossedVictoryYawnSleepyPrayWorshipWaitingAlienClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierGhostSkeletonEatStarvingVampireZombie KillerBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteYesNoAirplaneCarIslandAnnouncebrbBeerDrinkLiquorCakeCoffeePizzaWatermelonBowlPlateCanMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette