BlackBerry Storm di Maxis
Khabar angin kehadiran BlackBerry Storm di pasaran Malaysia telah ku dengar sejak beberapa bulan lalu. Abang ipar kepada kawan aku (pendek kata tidaklah ada kena mengena secara langsung ngan aku, hehe) yang inform akan kemunculan BlackBerry ni. Maxis seperti biasa mengambil inisiatif untuk orang ramai mendapatkan telefon pintar ini dengan harga berpatutan menerusi pelan Value Plus diorang.
Harga tidaklah aku pasti, sebab aku agak busy nak menyiapkan bahan untuk isu Mei, tapi aku sempat berkunjung ke laman web Maxis yang mengkhabarkan kepada orang ramai agar membuat pra-tempahan sehingga 24hb April 09. Ini kerana 300 orang pertama yang membuat tempahan berpeluang mendapat aksesori khas BlackBerry seperti pod pengecas, cover kulit dan headphone bluetooth Jabra.
Bagi yang sekarang ni xde duit nak membuat tempahan, jangan bersedih hati. Kalau korang berminat sangat ngan handphone ni, ia boleh didapatkan di Maxis Centre sekitar Lembah Klang bermula pertengahan Mei nanti (itu yang Maxis bagitau). Untuk cerita lebih lanjut, dapatkan MPC Mei. Chalos!
