Bila marah.. segala-galanya boleh berlaku

Bercakap tentang hasutan setan dan kata hati yang tidak pernah kukuh. Bila marah segala-galanya boleh berlaku. Bila marah segala kata yang dilontarkan tidak sepertinya hari-hari biasa dan tak sepertinya kelakuan waras seorang insan. Namun, kita tetap mendengar kata hati ini dan tetap merasa marah kerana kita manusia biasa yang lemah dan tidak pula banyak bentengnya.

Aku benci bila seseorang itu marah dan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah diucapkan sewaktu dia tidak marah. Berbeza sekali perkataan yang dipilih antara marah dan tidak marah. Namun, aku pun buat juga. Kerana kesabaran sudah  lepas dari garis penanda, lalu mencetuskan emosi yang tidak dikawal oleh insan yang selalu memendam rasa.

Biasanya perkara besar jarang aku marah, tetapi yang kecil remeh inilah yang selalu buat aku begitu terasa. Meskipun menyedari takde ‘paedahnya’ kerana hanya akan memakan diri sendiri, tetapi yang terucap sudah terucap. Lalu yang tinggal adalah sisa menanggung akibat. Lawak! Menyedari tanpa sedar… itulah marah.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. adi says:

    kalau nak cari cinta… cari lah semasa drive kereta.. kita akan dapat tengok bagaimana perangai sebenar ‘kekasih’ kita .

    muhahahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *