Maxis Broadband di Subang Permata

Aku rasa berpuas hati dengan modem Maxis di Subang Permata (setakat ini). Bukannya aku digajikan oleh Maxis untuk buat rebiu ini, tetapi bagi mereka yang tinggal di area ni dan mungkin terbaca pos aku akan mendapat sedikit gambaran tentang prestasi modem Maxis di kawasan kediaman mereka (ewahh).

Saat dan ketika ini, dihening pagi, kelajuan mampu mencapai 39MBps dan memudahkan kerja-kerja muat turun aku. Malam tadi pun sebelum aku melelapkan mata barang seminit dua (yelah sangat) kelajuannya tidak mengecewakan. Berbeza sekali keadaannya di tengah bandar Shah Alam yang ramai student yang sepatutnya bagi aku ia harus lebih cekap berbanding kawasan yang pinggir2 bandar sedikit ini.

Aku bukan duduk sini dan tu yang nak promote, saje singgah sehari dua. Pos ini sekadar perkongsian dan harap bermanfaat kepada semua.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *