Dell Adamo pesaing Macbook Air?

Dell Adamo
Betul ke pesaing Macbook Air?? Aku agak ragu.. Namun itulah yang digembar-gemburkan sekarang ini, komputer riba terbaru Dell iaitu Adamo bakal bersaing dengan Macbook Air. Ia kerana Adamo menampilkan rekabentuk nipis, ringan dan bergaya yang boleh didapati dalam warna Onyx dan Pearl. Satu yang aku rasa bakal bersaing ialah harganya kerana Adamo dijual pada harga RM7,399. Sipi2 lagi sama dengan Macbook Air. Dell begitu menekankan rekabentuk dan konsep komputer riba ini mungkin untuk disesuaikan dengan namanya iaitu Adamo bermaksud ‘untuk jatuh cinta’ (Latin).
Dari segi spesifikasi, ia menawarkan pemproses Intel Core 2 Duo dengan teknologi Intel Centrino pada memori DDR3, pemacu keras 128GB Solid State, teknologi WiFi Draf-N, Bluetooth dan mampu bertahan sehingga lima jam masa penggunaan sekali cas. Hebat atau tidak tu aku kurang pasti, itu kena try sendiri. 

April 9th, 2009 at 2:41 pm
mahal la….
ko belanja la aku 1 biji ani.
April 9th, 2009 at 3:47 pm
oh aku lah kena belanja ko. bkn ko job luar byk ke.. haha
mahal oi!
April 9th, 2009 at 4:32 pm
alaa.. sekali je.. bleh laa.. blanja aku..
hehehe..
job luar dah merosot skang. gawat seh.. huhu