Kalkulator mesra alam Canon
Something interesting to share. Disebabkan malas nak taip semula, saya copy paste je petikan berita saya buat untuk MPC.
Canon Marketing (Malaysia) memperkenalkan siri kalkulator kitar semula untuk tingkatkan keefisienan bisnes di samping menjaga alam sekitar yang direka di bawah pelan Hijau Canon. Terdapat empat model LS-63TG, LS-154TG, HS-1000TG dan TS-1200TG, dijual antara RM29 hingga RM59. Produk yang tidak digunakan lagi dikitar semula dan bahan itu digunakan untuk menghasilkan siri kalkulator ini. Bukan sekadar produknya sahaja, malah pembungkusan, label dan buku manual juga menggunakan bahan kitar semula. Let’s save the planet you guys!
