Masukkan movie ke iPod Touch

Bahagia rasanya dapat decrypt DVD dan masukkan movie2 favourite aku dan movie2 yang aku lom tengok dalam iPod. Jika dulu aku terpaksa tunggu encik yem (seorang abang di ofis aku) supply movie2 latest. Tapi sekarang aku ada cara alternatif untuk tengok movie pada iPod. Walaupun aku tau aku bole je tengok guna DVD player kat umah, tapi menda dah ada. Just make use of it la!

Terutama untuk mereka2 yang menggunakan modem wayerles, yang tak suport bittornet dan seumpamanya, jangan kecewa sebab tak dapat download movie dari Internet. Aku gunakan  DVD Decrypter version 3.5.4.0 untuk rip DVD dalam format VOB. Lepas tu gunakan perisian Videora untuk convert fail VOB tadi kepada format Mp4 (ipod Touch). Masa untuk ripping dari DVD ke VOB cuma lebih kurang 15-20 minit. Tetapi convert tu yang agak lama, memakan masa sejam lebih (tapi biasalah tu).

Aku dah try beberapa software, tetapi yang ini memberikan hasil seperti diinginkan. Ada satu software tu, aku x ingat plak namanya, kualiti video bukan main cantik, tapi sayangnya sound pula tak ada. So kena rajin2 try lah.

Semalam aku dah masukkan X-Men I & II dan You Got Served. Listing lain yang bakal aku muatkan kelak ialah:

  • Lake House (aku romantik oi)
  • House of Wax (fav’s horror movie)
  • Harry Potter
  • Ice Age 2
  • Sex and The City (bior benor??)
  • many more..

Of course kita kena ada DVD untuk rip. Akan aku buka koleksi DVD yang ada kat rumah tu.  Atau pinjam jiran sebelah DVD latest yang diorang beli, boleh berjimat sikit, hehe. Ciao!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. Good day, superb blog post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *