Hujung minggu penuh kecintaan

Aku pegi ke zoo negara hujung minggu lalu. Kecintaan terhadap haiwan dan alam sekitar lah sangat. Padahal free pass, free food, free flow of BohTea drinks (their 80th anniversary). Aku hanya kuarkan RM3 untuk Tram (dulu tram ni percuma je time aku kecit2 dulu) dan RM4 duit parking. Itu pun duit parking ni share. So boleh disimpulkan sebagai hujung minggu yang jimat dan bermanfaat.

Bila pergi free ni syoknya lain macam. Mungkin sebab takyah kuarkan duit, so all out lah kan. Habis satu zoo tu kami round (dua kali) dan sempat juga kami tunggu persembahan haiwan (Bad, Jimmy, Keroro dan Macau). One hour show, free. Tengok burung kakaktua, anjing laut dan burung enggang main2 bola, gigit2 tali, berenang2, terbang2, ok what!

zoo negara
saya perkenalkan... zirafah

Last time aku pergi zoo negara, time aku sekolah rendah dulu, dengan family aku. Ingatan aku tak berapa kuat sangat tentang pengalaman pergi ke zoo time tu, so aku assume aku masih sangat kecil. Tapi aku ingat peristiwa masuk ke kawasan orang utan dan orang utan kat situ mengamuk, menepuk2 dada, buat bunyi agak mengerikan. Kalau pernah tengok National Geographic, mesti faham apa aku cakap ni. Apa pun, saat itu bagi aku sangat ngeri dan aku boleh ingat sampai sekarang.

Tapi sabtu lalu aku pergi, APE CENTRE, Zoo Negara cuma ada beberapa sahaja orang utan yang tinggal. Tidak tahulah kalau mereka ada simpan kat dalam ke apa. Tapi yang kami boleh tengok cuma 6 orang utan. Benarlah orang utan sudah semakin pupus. Generasi sekarang boleh lihat 6 ekor. Nanti generasi2 seterusnya tak tahulah apa yang tinggal.

Kemudian, terdengar di pendengaran kami bunyi ngauman. Bergema-gema. Bergetar jantung seketika (cewah naration cerita over seh). Kami dengar bunyi singa sebenarnya. Kurus je singa tu. Tapi suara singa ni boleh bergema di seluruh zoo. Hebat! Bunyi derapan langkah singa ni pun lain macam, waktu dia macam ala2 nak kejar orang yang acah2 dia kat luar pagar. Tidak hairanlah singa digelar raja rimba.

Puas berjalan dengan tidak mengenal erti peluh mencurah2, muka berkilat, bau toksah cakap lah. Balik tu pulak hujan, so aku buat acara sprint 50 meter ke kereta. Mencungap! Hasilnya, kami beramai2 sakit kaki. Start malam tu dah lenguh semacam sampai ke hari ini, seret kaki je time berjalan. Tapi penat-penat pun aku tetap enjoy, lebih2 lagi bila lama tak pegi. Begitulah hujung minggu aku yang penuh kecintaan. Peace!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

4 Responses

  1. mysticmind says:

    ape lah makna henset mahal tapi tiada gambar ditangkap. :X-P: :silly:

  2. Ani Nadila says:

    cis.. perli nampak! ak tak suka pos muka aku byk2 sgt kat blog nih. haha

  3. mysticmind says:

    ya ampun besarnya gambar tuh bile klik.
    kene resize dulu. 😀

  4. Ani Nadila says:

    ko ni kan, ada je tak kena.. haha
    yelah2 aku resize atas nasihat ko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *