Cinta Internet, Percayakah Anda?

Sukar aku nak mempercayai cinta Internet, tetapi ada dua tiga orang kawan aku yang mendirikan rumahtangga bersama pasangan yang mereka kenali di Internet dan mereka bahagia (seperti mana yang aku nampak secara kasar). Kajian Norton yang aku muatkan dalam Majalah PC isu Mei juga ada menyentuh mengenai cinta dan internet. Aku masukkan sket perenggan daripada artikel tersebut.

Sikit jelah, nak maklumat lebih lanjut boleh dapatkan majalah pc di pasaran. banyak informasi menarik yang boleh dikongsi bersama.

Merujuk kepada satu penemuan menarik yang dilakukan oleh Norton Symantec iaitu Norton Online Living Report, banyak impak atau perubahan boleh kita lihat terhadap penggunaan Internet yang meluas di kalangan pengguna. Laporan ini didapati hasil kajian terhadap 9,000 pengguna talian dewasa dan kanak-kanak daripada 12 negara. Meskipun tidak termasuk Malaysia, namun ia boleh digunakan untuk memberi gambaran kepada kita evolusi yang dibawa oleh teknologi moden ini. Salah satunya ialah dalam membeli cinta!

Wah, sebut cinta, ada hati yang sudah berbunga-bunga. Jangan salah faham, cinta yang dimaksudkan bukanlah cinta yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Bukannya cinta yang dijual pada eBay. Tetapi Internet menyediakan platform untuk anda mencari cinta, mengukuhkan hubungan, berkomunikasi dan merapatkan hubungan sedia ada. Ianya tidak mustahil untuk mencari cinta di talian atau mengukuhkan hubungan kerana tujuh daripada sepuluh individu seluruh dunia dalam tinjauan ini menyatakan Internet membuatkan hubungan mereka lebih baik.

Dari sudut kekeluargaan pula, Internet mempunyai peranan tersendiri dalam komunikasi keluarga. 71% daripada individu yang ditinjau menyatakan Internet memudahkan mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ia juga telah dipersetujui 53% individu lain yang turut menambah bahawa Internet memperbaiki kualiti komunikasi sementara 45% menyatakan Internet telah memperbaiki hubungan kekeluargaan secara keseluruhan. (Majalah PC, Mei 2009)

Nyatanya, Internet mengubah cara manusia berhubung dan menjalin hubungan. Cinta?? Aku tak kata dan tak rasa Internet boleh menjamin hubungan cinta. Dalam apa keadaan jika bukan Internet sekali pun, memang tidak ada jaminan tentang ‘cinta’. Tetapi yang pastinya Internet membuka jalan kepada hubungan ini.

Kewujudan teknologi merubah cara lama kepada cara yang lebih pantas dan telus dalam perhubungan. Jika dulu nak berkenalan main surat2 cinta, sampai abang posmen agak semputlah juga kerja asik nak hantar surat cinta orang je. Pastu gunting-gunting gambar kat majalah, ruangan pena pembaca, carik yang paling hensem dan paling cun. Pastu hantar surat.

Sekarang ini, semuanya boleh dilakukan on the spot menerusi chatting, blogging dan sebagainya. Boleh nampak lubang idung kawan tu lagi kalau sembang guna kamera web (video chat). Yang tak hensem pun boleh ditapis terlebih dahulu bagi mereka yang konon-kononnya memilihlah sangat. Malah teknologi-teknologi lain juga membantu seperti WiFi, netbook, mobile broadband etc. Seronok tengok benda-benda ni berkembang. Kita tidak boleh kata tidak, kerana benda ni memang banyak membantu dalam hidup kita masa kini.

Namun, aku tetap masih ragu untuk berkenal-kenalan di Internet. Aku suka mengambil langkah selamat dengan berhubung hanya dengan individu yang aku kenali. Typical mind set yang susah nak diubah. Tak taulah lepas beberapa tahun lagi mungkin aku berubah…mungkinkah ke…

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

5 Responses

  1. mysticmind says:

    afsal aa.. ani skang banyak ayat2 ‘cinta’. :heart: :heart: :heart:

  2. adi says:

    bercintalah berpada-pada. usah serah segala..

    macam pernah ku dengar lagu ini . tapi di mana ya..

    akhir kata.. JODOH di tangan Tuhan.

  3. Ani Nadila says:

    jiwang. short simple answer.. huhu

  4. adi says:

    dari awal lagi, aku tahu doh.. muahahha… :pissedoff:

  5. ratu says:

    Cinta tak akan datang sendiri, kalau kita tak mencari Cinta sendiri….tetpi JODOH di tangan Tuhan. :hugright: :kissing: 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *