Melalak di Meetoto!

Aku tak pernah berminat nak join online game nih, tapi sebab dah aku pergi ke press briefing menda ni dan nak pulak aku kena wat rebiu web, so aku pun terjoin lah jugak.
Meetoto.com permainan social networking service (SNS) yang menggabungkan konsep penyiaran video dan audio (like habbo type!). Apa yang anda perlu hanya komputer yang ada sokongan flash. Takyah nak donlod, cuma kena tunggu page loading tu yang agak lemah tu. Bezanya game ni, anda leh tunjuk bakat anda agar didengari warga meetoto lain. Dapatkan respon serta merta tentang nyanyian anda (sendiri mau ingat ha). Yang lelaki dipanggik meetoos, yang perempuan meetee, nickname terbaik mentel (gatal dlm bhs jawa!! ha ha).
Anda boleh menyanyi, bersajak, berpantun, nak berlawak pun boleh secara langsung. Of course ada que nak kena tgu kalo ramai sangat yg nak naik pentas maya. Utk tak bagi aku bosan sgt kat dunia maya yang agak padat ni, aku ajak rerakan join sama. Syiok gak rakan serata alam aku berkumpul kat dunia maya ni, sembang sambil ngumpat2 org kat ctu. ha ha.. Anyway great website/game if you wanna try out. Aku tau yang hardcore gamerz gelak je aku ckp pasal website ni tapi aku tak kira, aku kata best jugak! - leh dapatkan MPC utk tgk review penuh.
Ada satu lagi game online berbahasa melayu iaitu Jin Online, dilancarkan sama dengan meetoto.com. Jin online ni lebih kurang permainan online keperwiraan. Anda bela jin untuk jaga anda dan ikut anda ke sana ke mari menentang musuh. Kandungan game ni dalam bahasa malayu (untuk kelainannya) dan ada jin muka comel hingga ganaz giler yang boleh anda pilih. Tak sempat nak jengah2 lagi Jin online. Nanti aku update kalo dah sudah. Ok hepi gaming!

April 26th, 2009 at 6:03 pm
i hate meetoto!!y must use real money to buy mv ?har???WHY!!!