Monster vs Aliens, 3D yang mengagumkan

Bukan pengalaman pertama tetapi semalam aku rasa filem 3D terpuas dan ter’3D’ yang aku pernah tgk. Mungkin sebab sebelum ini aku tgk filem 3D guna spek 3D yang hanya memeningkan kepala aku je. Spek kertas kaler biru merah tulah kat Genting dengan kat mana ntah tak ingat.  Semalam punya spek 3D tidak langsung memeningkan kepala aku malah memberi hasil paparan yang sungguh memuaskan (dolby). Amat membantu viewing aku.

But its not all about the glasses. Filem Monters vs Aliens sememangnya best dengan sentuhan animasi 3D yang kemas dan efek lebih banyak. Jalan ceritanya sempoi sahaja, iaitu sekumpulan monster nak pastikan bumi aman daripada ancaman aliens. Fav watak aku pastinya Bob (benda biru ala2 jeli) kerana dia ni memang bodo kelaka.. haha

Proses mempersiapkan filem ini pastinya menggunakan komputer yang dikuasakan oleh Intel. Sebab itu lah aku dapat tiket free tgk movie ni (haha). Aku maybe tak pandai sangat bab animasi 3D ni, but for me its quite impressive.

Boleh tengok alam semesta seakan sebelah muka korang, tgk pepatung ke apa binatang ntah semalam berterbangan, dan paling best ada satu part di mana watak dalam filem ni main bola pingpong yang bounce2 tu, rasa cam nak kena muka dah. Time ni boleh tgk suma penonton mengelak tak pasal2 dan kemudian tergelak sorang2 dek kerana tindakan yg x pasal2 tuh.. termasuklah aku.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. Adney says:

    Hah? x pakai spek? new tech ? may be aku ketinggalan zaman kot.. maklumlah, asyik main tenet je memanjang.. heh heh.. :rotfl:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *