Aku dah tahu kenapa…
Aku dah tahu kenapa ada satu kedai kat hartamas tu tak berapa nak laku sangat. Meskipun dari segi konsepnya aku rasa ada kelainan, kira boleh pergi jauh kalau diperkembangkan lagi, namun dari segi layanannya, is the worst! and its from the owner itself.
Kenapa ntah bila kedai tu dah elok2, makanan pun okaylah (restoran melayu, masakan mamak??? hmm) tapi ada plak slack dari segi layanan. Mungkin itu kerananya kedai makan tepi jalan ni nampak suram, mungkin itu kerananya kedai manakan ini ala2 nak ditutup dah, dan mungkin itu kerananya org taknak datang makan kat kedai ni.
Bukan susah berbudi bahasa sikit pun. Tanya menu pun mcm nak taknak layan. Dah tu salah amik order. Bila aku mintak yg lain dia hantar yg lain. Aku mintak tukar, boleh pekerja dia amik bwk masuk ke dalam, then pekerja lain plak keluar bawak menu yg sama. Disebabkan hati dah panas malas nak layan mat bangla tu, aku makan jelah.
Datang owner dia boleh lak sound dgn kereknya ‘mana yg taknak tadi tu’. Maksudnya dia tahu bahawa aku tknk nasik goreng tu, tapi dia suruh budak dia hantar jugak. Aku cakap la yg aku order char kuey teow. Dia leh kata “tadi order nasi ngan mee kan. saya tak dengar char kuey teow. so saya kensel lah igt taknak”.
hhmmm nampak tak beberapa kesilapan disitu. DIA TAK DENGAR CHAR KUEY TEOW, SO DIA KENSEL ORDER TU. Tak ke kelaka perilaku tu (dia tak dengar+ tapi dia kensel= ko dengar lah sebenarnya). Aduhai akak oi!
Muka dahla tak berapa nak senyum sangat. Kedai tu pun entah berapa lama sangat lagi lah boleh bertahan. Kiri kanan dia suma dah tutup belaka. Kalau mcm tulah perangai akak ni, aku rasa sikit hari lagi bungkuslah bisnes. Dah la tu, aku dapat tahu dari rakan sepejabat aku yang kedai tu kotor. Dia pernah masuk ke dapur dan amat memeranjatkan keadaan kotornya. Menyesal aku pegi!
Susah sangat ke untuk sediakan tempat makan yang baik kepada pelanggan. Tak mintak yang gempak pun. Setakat kusi plastik ngan cawan jernih tu pun xpe, asalkan layanan ok. Ko bagi makan org lain, ko patut fikir benda2 ni suma. Kalau cite kat kakak aku nih, mesti dia kata sape suruh ko makan kat sana. Macam lah tak boleh masak. Tapi sekali sekali explore warung kita apa salahnya. Cuma kali ini aku telah tersilap warung. Sangat!

June 15th, 2009 at 7:16 pm
huh
bukan nak kondem melayu la
tapi memang melayu camtu
baru buat bisnes sket dah blagak cam haram
macam la orang mampus kalo tak pegi kedai dia tuk makan
dahla berlagak tak memasal
pemalas nak mampus pun ye juga
dah nampak kita datang kan?
bleh dia wat dekk je
sampai kita kena panggil2 dia plak
cam kita ni pengemis hapa dia ingat?
pehtu pandai pulak kalo kita gi lepak mamak ke
bistro ke, starbucks ke, katanya kita tak nyokong peniaga melayu
camne melayu nak maju kat bumi sendiri dengan jayanya?
hak tuih! bleh lagi takde rasa sedar diri tu kan?
[ampun, terpanjang pulak - kebetulan tengah bengang baru je balik dr kedai makan melayu yg memang haram jadah!]