Tayar kete aku tercabut!

Punyalah aku kedekut nak kuarkan duit.. hmm bukan kedekut tetapi aku memang takde bajet nak tukar tayar lagi meskipun dah botak gile tayar tuh. So, aku belasah je pakai dari sehari ke sehari, dari bulan ke sebulan seterusnya sehinggalah malam tadi tayar aku telah tercabut dari rimnya di depan Maybank 18. Pergh bebulu betul hati aku!

Rosak habis rim aku. Bergerigi dek kerana aku tetap memandunya ketepi kerana mengganggu kete orang lain (gile apa, sibuk kawasan tuh!). Aku cuba menggunakan kudrat wanita aku tukar tayar tu. Mula2 pasang jek, pusing sampai naik sket kete aku (ok so far so good). Then nak bukak nat kat tayar. Pusing pun dah tak tentu arah mana, main belasah aje. Oh lawan jam.. ok done.. tapi tak tercabut. Dah sampai tahap pijak lompat2 lagi atas pembukak nat tu (panggil apa ntah benda ni), tapi tetap tak tercabut.

Nasib ada member aku tolong pijak kuat sket. Maka terbukak lah satu nat & 3 more to go. Peluh dah turun mencurah2 tahap jogathon serata malaya rasanya nih.

Tengah kami bersungguh nak bukak tayar tu (nak ganti spare lah kiranya ni) ada tiga orang mamat kete sebelah pun ngulurkan bantuan. Aku rasa pada mulanya diorang ni takdelah nak tolong sangat. Sebab kawan dia yang duduk belakang tu cuit2 kawan dia (pemandu) suruh tolong, maka kawan dia pun matikan enjin kete yang dia dah stat tu dan tolong kami.

Rupanya kena bukak nat dulu, baru pasang jek. Kalo tak tergolek lah. Gitulah nasihat dia kat aku. Manalah aku tau. Selalu aku hantar kedai je! huhu. Dalam 15 minit camtu, diorang pun settle membantu. Aku pun hulur rm20 atas bantuan diorang tu. Bukan senang nak buat woo. Tima kasih lah korang. Aku tak sempat nak tanya nama pun.

Hari ni, aku gi bengkel tayar nak ganti tayar baru. RM140 sebijik, Goodyear. Aku tak tau harga tayar, so aku assume ok lah kot. Aku pernah tanya before this RM165 (silverstone). Arhh malas nak pikir, kasik tukar suma! Tapi yang aku malas kalau g kedai cina ni macam nilah. Jap2 kang dia kata ni nak kena tukar lah, itu nak kena tambah lah. Sakit!

Pastu siap offer aku. Rim 15 aku dia amik. Ganti ngan rim 14 second hand Myvi punya, tayar baru 4 bijik. Suma RM600. Pergh kelepetan apaan ini. Dia kata kalau akak nak berjimat, saya offer baik ni untuk akak. Second hand rim, 14, tayar baru. Takperlah, walaupun rm600 aku rasa aku bakal tertipu di situ. So aku kata, tukar je tayar. Bergerigi pun gerigi lah.

Rim satu lagi plak dah bengkok, mana punya longkang aku langgar pun tak tau lah. Aku minta dia ketuk atau buat pape yang patut. “Oh itu mau bayar woo akak. RM40”. Pergh tak pasal2 RM40 lagi terbang. Tukar bateri Yokohama sekali RM140 warranty 1 tahun. Bateri pun dah veteran dah dan ntah berapa kali kete aku takle stat. Tak insaf2 lagi ke. Hah kasik tukar jugak!

Balancing buat free. Alignment tambah RM15. Tetiba dia kata “chamber skru kakak sudah teruk woo. Tukar RM40. Tak boleh buat alignment elok2 kalau tak tukar. Makan tayar woo kak”. Ok udah2 le tu. Aku just cakap AKU TAKDE DUIT DAH NAK BAYAR. Buat mana patut dulu le. Kuar duit banyak satu hal, peluh dua hal, lapar dah jadi tiga hal. Hah! Cam nak pitam!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

4 Responses

  1. mysticmind says:

    ko main drift ke? 😀 sampai cabut2 tayar tuh…

    tapi sekali kene camnih.. rabak poket.

  2. Kakak Ina Yusni Yusof says:

    Ha… padanlah muka … beli barang IT boleh pula mahal-mahal tak peringat dunia, nampak yang berbaru aje terus sapu…. yang penting untuk menjaga keselamatan tak nak di peduli… itulah padahnya . Orang kata Beringat Sebelum kena.. kalau dah kena “Lu Fikirlah Sendiri Dik Oiiii”

  3. Kakak Aida Yuzi Yusof says:

    saya setuju dengan kata kata Kakak Ina Yusni Yusof tu
    sekian

  4. sukir says:

    hehe :teeth: ….akak oiii….lain kali nk g kdai keta bwk la kwn2 yg tau bab2 baik keta ni….biasanya kawan llki la…klu x mmg cina tu tekan abis2….sbb diorang tau pmpuan mna tau bab2 harga keta ni….so len kali beware ok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *