Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

HaTiku teRtinGGal di BanDunG

BANDUNG syurga membeli-belah, tidak mengira warga Malaysia mahupun warga Indonesia sendiri. Ini merupakan catatan dan perjalanan kali kedua aku ke Bandung. Nyatanya lebih seronok, puas hati dan memberi aku lebih pengalaman berada di tempat orang. Seperti biasa kami mendapatkan khidmat Edi untuk memandu arah kami di sana. Orangnya humble sahaja, sopan dan baik. Tak banyak karenah, harga pun berpatutan (uish puji Edi nihh).

tangkuban perahu
ahli rombongan

Mana aku nak mulakan ya. Terlalu banyak sangat yang hendak dikongsi. Pertamanya baik aku mulakan dengan kos kami ke sana. Tiket flight = RM220 (airasia ler), hotel+transport = RM150 (sorang), belanja RM500 (sejuta lebih rupiah). Boleh tahan lah, tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Meskipun sebelum ini kadar matawang rupiah pernah lebih rendah iaitu RM318 untuk satu juta rupiah, tapi time aku pegi kadarnya RM352 untuk 1juta rp. Tukar duit kat syarikat pelancongan berdekatan Digital Mall PJ (atas Watson) rate rm340 dan Midvalley tepi tangga. This is the cheapest money changer we could find.

Ada orang cakap nape tak tukar kat sana je. Sebenarnya kalau kita tukar kat sane, kita berisiko untuk mengalami kerugian. KENAPA?? Sebab tukarannya berbeza jika kita tukar not RM50, rm10 atau yang lain2. Member aku tukar RM352, dapat tak sampai sejuta, kira-kira RP993,000 sbb dia pakai duit RM50 dan RM10.Tukar RM10 ni yang rugi. Aku pun tak faham kenapa jadik camni. So, cara paling selamat tukar kat sini aje, unless kita boleh cari money changer yang bagi harga boleh runding. Mana nak carik?? entah aku pun tak tahu, sebab dah sibuk sangat ke sana ke mari, mana yang ada aje kami tukar. Mana sempat nak fikir, lepas satu tempat ke satu tempat kami pergi.

Di bandung, pukul 4.30am dah subuh, Zohor kul 11 lebih. Pukul 5.30 diorang tu dah gelap macam maghrib. So semuanya kena dilakukan cepat. Sesampai sahaja di airport Bandung, kami terus check-in hotel dan bergerak ke Pasar Baru. Semua orang jadi gila bila sampai kat sini. Pasar Baru menawarkan tempat untuk shopping telekung, beg tangan, baju kebaya sulam, baju kerja dll lagi. Kalau tak beringat2, mahu habis suma rupiah kat sini je.

jonas

shooping frame kat Jonas - ada frame ala2 ikea murah gile!

Banyak lagi FO (stands for Factory Outlet) nak pegi. Bandung memang famous ngan FO nya dan Pasar Baru. So pandai2lah spend duit, jangan habiskan one shot kat satu tempat. Cadangan aku, kalau ke pasar baru beli telekung dan kain2 memang berbaloi, oh ya ngan beg2 sekali. Keychain ngan tshirt Bandung pun ok juga kalau nak dibeli di sini. Lain2, tunggu shopping kat FO. Beli teleKung untuk mak kaler pink, telekung akak (tapi dia cam tak suka JEr), telekung orang pesan dan telekung untuk travelling. Faveret ak telekung travelling ni. Kiut2 sangat, berwarna-warni dan murah jer. Satu lebih kurang RM10. Kalo pandai tawar, dapat lagi murah.

Kemudian beli baju kebaya sulam kat Seroja Jaya, Lantai 2. Kalau sebut kebaya kat pasar baru ini, semua orang akan syorkan kedai ini. Banyak pilihan dan harga berpatutan. Sepasang dalam RP100 ribu, lebih kurang RM32 duit kita. Baju kebaya ni standard harganya kalau kat Malaysia antara rm90-rm150. Kaler kelabu… pehhh cantiknya aku di hari raya nanti.. huhu

Santapan pertama aku semasa di Bandung ialah Bakso Malang (campuran segala jenis Bakso). Bakso ni sebenarnya meatball. Boleh dimakan stail sup atau stail2 yang lain. Tapi paling enaknya dimakan secara sup. Bakso malang mengandungi bakso sapi (lembu), bakso ikan ngan apa ntah mcm keropok. Minum pulak air melon. Aku ingatkan melon ni air tembikai, ya memang betul tembikai tetapi tembikai susu. Kalau nak tembikai merah tu, sebutnya semangka. Melon ni tak kena ngan selera aku so aku kasik kat siti, dah tu bakso plak masin yang amat. Aku tgk orang lain makan rilek je. Mungkin sebab aku ada darah tinggi kot,  sudahnya pening… potong mood betul!

ahlinya sup ikan

dapur sangkuriang

Makan2 yang lain perghhh hebatnya kali ini. Makan ikan Gurame kat ‘Dapur Sangkuriang Ahlinya Sup Ikan’. Cantik tempat makan nih, makanannya pun sedap. Si Yaya (kitorang panggil budak bersamaan sebab kejenya asyik nak tengok rupiah bersamaan berapa RM) seronok gile sebab dia kata murah je, kira2 RM13 utk empat orang. Wah aku pun terfikir murahnyaaa.. siap nak order lagi sekor ikan. Tapi rupa2nya tersilap. Kira2 RM10 sorang, so total RM40. Masing2 senyap je lepas bayar makan, kontrol hensem. Sampai dalam van, terhamburlah gelak. Kitorang xpelah RM10 sorang, yang group satu lagi kana sorang RM28. Orderlah macam2 lagi..hihi

Makanan sedap, tempat pun menarik, aku tak banyak komplen walaupun harganya mahal sedikit. Tapi xla mahal sangat pun jika nk compare ngan Malaysia, hmm boleh kira murah lagi. Tapi kat Bandung, kira tempat makan hebat Dapur Sangkuriang yang kami pegi.

BAKWAN, ha yang nI pun satu lagi makanan yang aku takleh lupa. Bendanya cam cucurinilah yang diorang panggil bakwan. sedap gila ni! udang aje. Edi kata bahannya tepung, telur, taugeh, kobis, carrot. Cara nak makan benda ni yang seronok. Kena gigit cili padi dulu, bagi pedas2 kat lidah baru makan. Wahhh memang terangkat! RP10,000 dapat 13 ketul. Asyik beli Bakwan ni aje kat mana2.

Selain Tangkuban Perahu, kitorang melawat Kawah Putih, tempat shooting fiLem myHeart tau ni. SubhanAllah, itu perkara pertama aku sebut. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Kawah gunung berapi yang tak aktif ni sangat2 cantik seperti swimming pool dikawasan pergunungan. Perjalanan 2 jam dari bandar Bandung. Jangan risau, perjalannya juga indah sekali, ada sawah padi, kawasan pertanian (orang Sunda), tanaman strawberi dan menikmati suasana kampung. Bergambar sakan kami, dan muka paling banyak dalam kamera tentunya cik ila. Huhu ratu posing!

kawah-putih

swimming pool di kawasan gunung

Tempat2 lain yang kami pergi sepanjang di sana seperti Toko Tiga (shooping jeans Levis original pada harga murah), Heritage, Secret, Summit, Rumah Mode (ini menjadi kegilaan budak2 muda yang pergi ngan aku, diorang kata baju Guees, Burberry suma cam original gile2) dan Banda iaitu FO yang dekat ngan hotel kami tinggal (Progo). Rumah Stroberi juga perlu di ‘take note’. Kalau korang pegi, jangan lupa minun jus stroberi kat sini. Sedap gile, aku minum 2 gelas! uissh teringat2 lagi ni..

Oh ya, ada satu lagi perkara aku nak kongsikan. Tentang energi positif dan bahasa. Jika ke Bandung, jangan terperanjat dengan keadaan lalulintasnya yang berserabut. Tiba2 ada kereta melintas atau buat U-Turn tengah2 jalan. Lampu merah pun jalan, hijau tentu2 jalan. Ruang jalan kecik pun boleh mencelah2 lagi. Namun, yang mengagumkan aku ialah orang2 kat sini sikit pun x marah2. Rileks aje, macam xde pape berlaku. Tidak hon, tidak maki2 dan jauh sekali nak kuar kete bawang stering lock nak pukul orang.

Bila aku tanya, jawapannya sangat membuka minda. “Buat apa nak marah2 kak. Nanti energy positifnya kurang.” Jawapan ringkas sambil tersenyum. Aku rasa kerana itu orang2 kat sini sentiasa boleh bersabar dan cakapnya sopan2 sahaja. Setiap perbualan diiringi dengan senyuman. Berbeza sekali dengan kita termasuk diri aku sendiri. Truly, a really nice experience to take note!

- Ani Nadila

22 Responses to “HaTiku teRtinGGal di BanDunG”

  1. farah Says:

    adakah kau turun berjalan kaki di tangkuban prahu? dan aku sangat bersetuju tentang dapur sangkuriang…sangat best…heheh

  2. mysticmind Says:

    keyboard ko rosak ke?

  3. sukir Says:

    tu la pasal….experience ko mnarik tapi tercacat skit semangat aku dek kerana tulisannya jap besau jap kecik…..anyway congratulate sbb cara pnyampaian ko mmg best….sempoi n santai…keep it up…

  4. wanie Says:

    ani nadila stay kat hotel pe kt bandung? ada contact no tak? ok tak hotel tu?

  5. ani nadila Says:

    nak contact ker
    saya ada kawan yang uruskan segalany2
    transport+hotel etc

  6. zaharah Says:

    ada contact no untuk booking hotel progo tak?ok tak kat situ

  7. nawal Says:

    hai ani, boleh tak mintak suggestkan kawan u yang leh tolong handle kan hotel di bandung? kalao boleh harga hotel around rm100-rm150.

    saya pergi on the 25th feb balik 28th. nanti email ye tq

  8. ani nadila Says:

    boleh, nnt saya email no dia

  9. ani nadila Says:

    ada, nnt saya email. Progo ok sgt. Dekat dgn factory outlet, boleh jalan kaki je. Cuma nak diingatkan bawa ubat nyamuk. First time we all pergi dulu nyamuk banyak.

  10. jaja Says:

    hye bff

    hye ani nadila
    ble share by shooting me email u nyer package i.e. hotel n supir kt kt sana…
    im looking forward nk ke sana january nx year…
    excited plak baca blog u
    kalu u crita lg detail lg i excited…
    almaklum ler br nk g

  11. kelly Says:

    i..bleh x bagi no contact utk hotel n supir….sbb sy rancang nak g sana secara backpack jer…

  12. lynn Says:

    hi..i excited nk gi la…bleh bg x no hotel n supir kat sane?stay hotel pe kat sane?ok x hotel tu?i nk pegi sane bln 5 ni…hope u can help me to cut the cost..hehehe

  13. linda Says:

    hi..boleh bg saya no edi tu tak sbb sy pun nak ke bandung july ni..tp hotel dgn van blum dpt lg..hehe

  14. momo Says:

    hai ani…leh u bg kntek hotel+ transport x??
    lagi satu susah x dapat khidmat pemamdu arah?? brapa kosnya ye?? Grin Grin

  15. ima Says:

    hi..
    bole tlg email contact no hotel tu? i na pegi bln july…baru survey hotel

  16. Md.Salleh bin Abdullah Says:

    Salam ani,
    Saya dah tempah hotel tapi transport dan pak supirnya masih belum di booking, bleh Ani kasitau email pak supirnya@telponnya skali, tkasih

  17. melur Says:

    salam, kte pun nak ke bandung, brpa charge supir n hotel yg u dpat masa kat sana ea?

  18. redza Says:

    boleh bg rate hotel progo tue tak?satu lagi skali ngan supir nya.

  19. ani nadila Says:

    ramai yg berminat dgn bandung nampaknya
    private msg me at my email.
    ratenya berbeza ikut nak pegi brape hari dll.

  20. yoi Says:

    erm..salam…

    saya cadangkan hotel dago. rated hotel dalam rm 135 la. sepanjang jalan dekat ngan hotel nie terdapat banyak factory outlet..mmg best la utk kaki shopping.

  21. suzie Says:

    salam ani…..

    boleh bg nama hotel n no contact hotel…?hotel tu dekat dgn pasar baru ke? Beauty Razz Razz

  22. fiza Says:

    salam..sy bakal pg ke bandung pd 23julai ini..boleh sy dapatkan no hp or contact pemandurah yang bernam EDI tu kalo x keberatan..tq..info yg u bg bagus sgt n byk bg informasi pd sy..tq again

Leave a Reply

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughLOLFrownBig FrownWinkKissRazzAngelAngryReally AngryConfusedNeutralThinkingChicCoolNerdSillyDrunken RazzMad RazzEvil GrinMeanPissed OffReally PissedCurseShoutGrit TeethCryWeepSide FrownWiltSmugDisdainRoll EyesSarcasmLoserTalk to the HandShyBeat UpPainShameBeautyBlushCuteLashesKissingKiss BlowKissedHeh!SmirkSnickerGiggleIn LoveDroolEek!ShockSickSuspenseTrembleDazedHypnotizedFoot in MouthMoney MouthQuietShut MouthDOH!IDKQuestionLyingStruggleSweatStopByeGo AwayWavingTime OutCall MeOn the PhoneMeetingSecretHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightClapDanceJumpFingers CrossedVictoryYawnSleepyPrayWorshipWaitingAlienClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierGhostSkeletonEatStarvingVampireZombie KillerBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteYesNoAirplaneCarIslandAnnouncebrbBeerDrinkLiquorCakeCoffeePizzaWatermelonBowlPlateCanMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette