Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

Selamat hari bapa.. Abah!

Semalam penuh cerita di televisyen tentang hari Bapa. Bapa, ayah, abah, bapak, daddy, papa. Apa jua panggilannya, bapa tetap satu. Ada pelbagai kisah di sebalik ibu dan bapa. Ada manis, ada pahit, ada baik ada buruk. Manusia tidak sempurna, lalu jangan sesekali menggangap kesempurnaan itu pada diri sendiri mahu pun orang lain. Begitulah ketentuanNya.

Paling aku tidak boleh lupa kenangan bersama Abah ialah sewaktu kecil2 dahulu. Abah garang orangnya, mungkin sebab dia ni askar, abah amat mementingkan disiplin. Aku tidak banyak bercakap dengan Abah, sehinggalah sekarang ini. Aku cakap mana yang perlu sahaja. Rasa kekok, rasa malu.. meskipun dengan abah sendiri. Dia pastikan kami makan dengan cara yang betul, menyambut cakap (jika dipanggil) dengan bahasa yang betul dan banyak lagi. Buat keputusan ‘on the spot’ jangan nak cakap ‘ikut-ikut’, sewaktu nak memilih tempat makan. Begitu tegasnya abah.

Dulu2 abah selalu masak untuk kami. Western food favourite dia. Pernah sekali tu dia masak steak, kentang dalam aluminum foil, kacang dalam tin yang kaler merah tu dan banyak lagi. Dia buat semuanya, tak kasik mak tolong pun. Meskipun lambat siap hidangan tu, tapi aku rasa sangat seronok. Terlalu seronok sehingga boleh aku ingat sampai ke hari ini.

Dan satu lagi, kalau abah keluar malam, kami selalunya akan tertidur sebelum dia balik. Pagi2 hari lepas bangun tidur, aku akan cepat2 pegi ke peti ais. Abah belikan air tin. Coke, sarsi, aiskrim soda, oren, disusun cantik2 supaya kami nampak. Seronok sangat! Jika sekarang ini, mesti orang memandangnya tidak sebesar mana, tetapi bagi aku yang sewaktu tu masih kecil dan kakak2 aku.. ia amat2 bermakna..

Selamat hari bapa, Abah. Percaya atau tidak aku hanya meluahkannya di Blog. Aku tidak terucapnya di telefon mahupun sms. Atas sebab hanya aku sendiri tahu. Tapi dalam hati aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abah, kerana Abah tetap abahku yang satu. Abah, adik sayang abah!


One Response to “Selamat hari bapa.. Abah!”

  1. mysticmind Says:

    lusa balik kampung.. yay!
    leh jumpe ayah aku. ;p

    ayah aku selalu tak sihat skang. Frown

Leave a Reply

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughLOLFrownBig FrownWinkKissRazzAngelAngryReally AngryConfusedNeutralThinkingChicCoolNerdSillyDrunken RazzMad RazzEvil GrinMeanPissed OffReally PissedCurseShoutGrit TeethCryWeepSide FrownWiltSmugDisdainRoll EyesSarcasmLoserTalk to the HandShyBeat UpPainShameBeautyBlushCuteLashesKissingKiss BlowKissedHeh!SmirkSnickerGiggleIn LoveDroolEek!ShockSickSuspenseTrembleDazedHypnotizedFoot in MouthMoney MouthQuietShut MouthDOH!IDKQuestionLyingStruggleSweatStopByeGo AwayWavingTime OutCall MeOn the PhoneMeetingSecretHandshakeHigh FiveHug LeftHug RightClapDanceJumpFingers CrossedVictoryYawnSleepyPrayWorshipWaitingAlienClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierGhostSkeletonEatStarvingVampireZombie KillerBunnyCatCat 2ChickChickenChicken 2CowCow 2DogDog 2DuckGoatHippoKoalaLionMonkeyMonkey 2MousePandaPigPig 2SheepSheep 2ReindeerSnailTigerTurtleFemaleMaleHeartBroken HeartRoseDead RosePeaceYin YangUS FlagMoonStarSunCloudyRainThunderUmbrellaRainbowMusic NoteYesNoAirplaneCarIslandAnnouncebrbBeerDrinkLiquorCakeCoffeePizzaWatermelonBowlPlateCanMailCellPhoneCameraFilmTVClockLampSearchCoinsComputerConsolePresentSoccerCloverPumpkinBombHammerKnifeHandcuffsPillPoopCigarette