Ebook untuk budak sekolah
Baru-baru ni kerajaan negeri Terengganu melancarkan Projek Buku Elektronik untuk murid-murid tahun lima kat negeri itu. Seramai 25,000 pelajar daripada sekolah-sekolah terpilih akan disediakan Classmate PC, komputer yang memuatkan kurikulum pendidikan dalam format digital. So budak2 ni dah tak perlu bawa buku teks yang berat sampai menggelebeh bahu tu lagi kerana kandungan buku teks mereka telah dimuatkan dalam komputer yang dikuasakan oleh pemproses Intel.
Aku rasa idea kerajaan negeri Terengganu ini sangat2 bagus. Memanfaatkan IT dalam pendidikan untuk pembelajaran yang lebih efisien. Aku rasa kalau semua sekolah buat macam ni pun lebih baik lagi. Meskipun diorang wajibkan ibu-bapa beli satu peranti komputer macam ni yang boleh install kandungan pendidikan anak mereka, aku rasa mak bapak takkan keberatan. Setiap tahun tak perlu beli buku teks, just install je kurikulum sekolah dalam PC. Nak bawak pun senang dan budak2 pun semakin bijak IT. Bagi yang kurang kemampuan, kerajaan sediakan bantuan (macam buku teks juga).
Tahniah la kepada kerajaan negeri Terengganu atas inisiatif ini. Meskipun aku bukan orang ganu tapi aku tumpang rasa gembira. Hmm bila agaknya budak2 Johor dapat pakai laptop kecik ini ke sekolah?? Oh ya budak2 selangor KL juga sebab aku nama je orang Johor, tapi aku schooling kat sini.. hehe
seronoknyalah kan dapat pakai netbook ke sekolah


June 29th, 2009 at 1:07 pm
e-book ini masih lagi dalam pemerhatian aku .. aku masih belum dapat lihat secara real lagi.. tapi insya Allah.. nanti kang ada la yang datang bawak e-book nih.. dan mungkin aku akan buat statement skit pasal netbook ini kat blog aku..
yang paling merisaukan aku adalah .. e-book ini dilengkapi dengan peranti wireless, sudah tentulah diaorang akan bawa pulang e-book ini ke rumah untuk menelaah pelajaran. bagi yang ada sambungan internet di rumah ( lebih-lebih lagi sekarang pihak TM kuat membuat promosi modem wifi ).. atau pun jiran sebelah rumah open wifi .. raya la budak budak nih .. boleh buka apa saja dari Internet.. fuhhhh ..
kalau mak bapak reti itu ini. ok lah..boleh la guide bebudak nih, kalau mak bapak buta IT.. padang kena tipu ajer.. cakap baca buku. tapi layan web porno…