iPod Touch 2nd generation
Dah lama tak update Blog ni. Sibuk bebenor nak mengadap deadline before raya. Anyway kerja tetap kerja, kena buat jugak walaupun mood rata-ratanya dah nak berhari raya je ni. Jiwa aku dah melayang ke kampung! he he.
Tengah aku wat rebiu gajet of course aku jumpa ngan gajet menarik dan nak share ngan korang. Apa lagi kalau bukan iPod Touch generasi kedua nih. Pehh sakit ati aku! Bukan sakit ati apa, aku punya version lama dan pastinya yang baru ni ada macam-macam ciri menarik!

iPod Touch 2nd generation telah diperbaharui dan ditingkatkan. Kali ini ia didatangkan dengan pelaras volume luaran (di bahagian sisi). So dah tak payah susah2 nak adjust volume kena masuk kat menu dulu. Paling best iPod Touch ni juga telah dilengkapi speker terbina, jadi anda boleh dengar muzik dan bermainan permainan tanpa fon telinga. Boleh jugak tengok video sama2 ngan kengkawan tanpa nak share2 headphone tuh.
Terdapat beratus-ratus permainan serta aplikasi menarik yang boleh dimuatturun menerusi iTunes. Jadi tidak perlu ‘hack’ lagi sebab anda dah boleh donlod dah game2 ni suma (tapi faham2 jelah, banyak juga yang berbayar). Rekabentuknya juga ada kelainan iaitu lebih melengkung di bahagian belakang untuk keselesaan memegang serta nipis dan ringin sedikit berbanding model sebelum ini. Spesifikasi boleh lihat MPC.
Perlu ke aku upgrade iPod aku?? Arghhhh!!
