Going Back To School!

Ya, aku sudah pulang after a long week @ JB. Jelajah Johor, di bawah unit Akademik tempat aku keje. Banyak sekolah aku pergi seperti MRSM, UTHM, Sek Tun Fatimah, SMI Hidayah, Maktab Abu Bakar & Sek Seni JB. Jumpa ramai budak2 sekolah, bagi banyak hadiah & of course tujuannya utk terus mempromosikan majalah kami.

 

Aku tertarik dengan Sekolah Seni JB yang aku pergi semalam (sekolah terakhir before balik kl). Selain subjek teras yang diajar, mereka juga dilatih dengan ‘soft skill’ lain. Terdapat empat pengkhususan iaitu Tari, Muzik, Visual dan Teater. You’ll be amazed dengan bakat adik2 atau budak2 kat sini. Dari peringkat umur begini bakat mereka telah diasah dan digilap. Time aku melawat studio tari diorang, aku dipertontonkan dengan persembahan tarian lagu Siti Nurhaliza, Ku Mahu (tajuk tarian ni apa ntah cikgu dia sebut semalam tak dapat nak dengar). Modern dance, simple but best. Aku boleh nampak semangat budak2 ni dan kesungguhan mereka. Ya kesungguhan tu yang membuatkan aku respect budak2 ni.

 

Kemudian aku pegi ke studio teater. Cikgu yang mengajar ni kebetulannya aku kenal waktu kat UiTM dulu. Budak perindu, aku plak seroja. Memang pernah jumpa, tapi semalam antara ingat tak ingat. Bila dia dah tanya2, baru recall semula. Sorilah, slow sikit RAM aku ni.. huhu. Owh back to the story. Kat studio teater ni pun sama. Sebelum start diorang kena buat satu ‘movement’ ni, macam tarian gak, tapi aku rasa tujuannya adalah untuk warming up dan ‘inner feel’ kot (budak teater mesti lebih faham). Then diorang pun mula berlatih. Budak2 sekolah ni terdiri daripada anak2 orang seni gak katanya. Ada anak pelakon, penyanyi, doktor, peguam pun ada. Satu sekolah cuma ada dalam 50 budak je. Tak ramai.

 

Setakat ini diorang cuma ada satu blok kelas sahaja, share dengan sekolah sebelah, Sekolah Khalid kalau tak silap aku. Ruang dan kemudahan sangat terhad. So, aku doakan diorang dapat peruntukan untuk memperbesarkan lagi sekolah ini dan memuatkan lebih ramai student. Kalau bukan kat situ pun, tempat lain. Sekolah yang lebih besar, lengkap dengan semua facilities yg diperlukan. Sayang kalau sekolah2 begini tidak dikembangkan lagi sbb bagi pendapat peribadi aku, sekolah ni memang bagus utk budak2 jiwa seni mengasah bakat dan kemahiran mereka.

 

Tak macam satu sekolah ni. Nama gah, budak pandai, tapi dari segi attitude ‘zero’. Bukan prejudis, tapi realiti yang aku dan budak2 aku sendiri alami. Hampa dengan mentaliti budak2 yang membenci sekolah sendiri dan tak respect other people. Aku dulu pun macam tuh jugak tapi still have some respect to others. A bit respect pun dah cukup. Ntahnya…

Ok malas nak bebel… more weeks ahead! huuuuuh

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

4 Responses

  1. mysticmind says:

    bejalan je keje..

  2. mysticmind says:

    ah.. tak kuasa nak jeles.. :p
    aku pun berjalan2 gak. huhuhu..

  3. Salam.Dah sampai Johor napa tak singgah sekolah kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *