Bulan ICT Julai – Ogos ini

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) bakal menganjurkan Bulan ICT Nasional (NIM) 2009 bermula 20 Julai hingga 20 Ogos ini. Objektifnya adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai beberapa isu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan tema ICT: Mengupaya Kecemerlangan Baru. NIM menyediakan banyak aktiviti untuk disertai antaranya persidangan, pameran, inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR), kempen membeli-belah secara dalam talian, seminar dan strategik kajian semula.

Untuk menarik minat pengguna, Pikom juga akan menganjurkan PC Fair 2009 di 13 buah bandar utama di seluruh negara sepanjang tahun ini. Ia diikuti dengan seminar di semua negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sebagai usaha membantu meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan organisasi. Bagi mempromosikan kempen membeli secara dalam talian pula, mereka2 yang melakukan pembelian di www.mybeli.com daripada 200 buah peniaga yang mengambil bahagian akan mendapat potongan harga secara mingguan atau bulanan. (sumber: Utusan Malaysia)

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. masshah says:

    Saya amat bersetuju sekirannya bulan julai-ogos sebagai bulan ICT.Saya ingin ucapkan trima kasih pada cik ani,melalui buku A-Z saya berjaya membina blog saya sempena nama anak saya..kalu sudi mampirlah ke..http://nurdaniabalqis.blogspot.com/.Semuannya hasil rujukkan buku A-Z.Harap2 selepas ni ada buku baru. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *