Mati Suri - seram tak seram sangat!
Mati Suri, cite Indonesia yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sekarang ni. Aku dapat tiket percuma dan rajin nak pergi tengok meskipun mata aku ngantuk menggila (show 9.30 mlm). Aku mengharapkan cite ni bisa membuatkan aku berasa takut tetapi Mati Suri tidak menepati skala cite antu yang boleh ditakutkan kerana tak berapa nak seram pun. Takut ‘ala-ala’ aje, tekujat sikit time muzik nya ‘dikuatkan’, lainnya biasa sahaja. Mungkin sebab cerita ni berkisarkan orang mati yang hidup semula, berada dalam keadaan koma dan menjalani kehidupan seakan sebenar meskipun mereka terlantar tidak sedarkan diri (itu maksudnya mati suri).
Abel membuat cubaan bunuh diri dengan menelan pil selepas mendapati bakal suaminya ada hubungan sulit dengan orang lain. Dia dikejarkan ke hospital dan berada dalam koma. Waktu inilah macam2 berlaku. Dia mendapat tahu kisah sebenar pasal bakal suami dia tuh, kawan baik dia yang jahat sebenarnya, diganggu roh2 jahat dalam sebuah Vila lama dan banyak lagi. Tapi tidak menakutkan sangat dan tidak seperti yang aku harapkan. Sundel Bolong masih dalam ingatan.. huh suzanna mata terbeliak2.. huhu. Rate: ** (dua bintang je)

July 15th, 2009 at 8:37 am
mata mu ada sikit macam pelakon Maya Karin
July 20th, 2009 at 12:09 pm
Cerita seramm…tak tengok sangat…cerita seram kelakar pun tak tengok…