Mencuba mod panorama pada Nokia N86
Buat pertama kalinya aku mencuba mod panorama pada kamera digital. Namun mod ini bukan pada kamera digital biasa, tetapi pada telefon bimbit terbaru Nokia, Nokia N86 yang dilancarkan secara rasminya di Malaysia minggu lalu. Nokia adakan pertandingan untuk media bagi mencuba dan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit ini. Hadiahnya 2x unit Nokia N86 dan tentu BUKAN aku yang menang (hahaha tertawa dalam kesengsaraan). Pertandingan dimenangi press dari NTV7. Aku menang tengok dan menang kecewa jelah. sob sob…
Ok, back to the story. Nokia N86 menawarkan kamera Carl Zeiss Tessar 8 Megapiksel. Ia juga dilengkapi pelbagai ciri2 berguna untuk rakaman foto seperti editor foto, penstabil imej, Geotagging dan menu untuk anda tentukan efek atau seting rakaman. Terdapat mod close-up, potrait dll sama seperti kamera digital. Dan yang aku nak share adalah mod panorama sebab itu yang impress aku.
Dulu kakak aku ada beli kamera digital, jenama apa aku tak hingat. Tapi mod panoramanya cuma ada garis gelap hitam atas dan bawah. Itu aje. Mungkin kerana itu aku kagum dengan mod panorama pada kamera henpon nih sebab aku boleh rakam gambar panorama yang ditunjukkan secara bingkai demi bingkai. Tidak perlu tambahan lensa, tak perlu korang nak cantum2 gambar lepas merakamnya. Semuanya automatik ditunjukkan selepas korang memilih mod ini. Apa yang perlu hanya gerakkan telefon ke sudut-sudut yang ingin dirakam, shutter akan dilepaskan apabila bingkai berkenaan bersesuaian dan kemudian ia diproses untuk cantuman. Hasilnya, satu gambar lengkap situasi sekeliling yang korang cuba gambarkan pada sekeping foto. Gambar ruang legar di Muzium Kesenian Islam dirakamkan dengan jelas sekali, membolehkan kita melihat gambaran ruangan itu secara lebih jelas. Dimana tangganya, di mana cerminnya, sudutnya dll. Sepatutnya aku dapat gambar yang aku rakam hari tuh dari PR Nokia, tapi mana ntah tak emel2 pun. Aku harap korang dapatlah gambarannya camner. Bagi aku ianya amat mudah dan yang bagusnya i ia diambil dari kamera telefon. Dapat telefon dapat kamera.. ok apa!
Drawback from this camera phone is the shutter. Susah nak tekan shutter dan ada sebilangan org yang mencuba dengan aku hari tu pun komen benda yang sama. Function-function lain tak sempat nak explore. Tunggu dapat sebijik kat meja kitorang barulah bleh explore lelebih. The camera good, the function not too bad, ada game N-Gage, TV-Out, GPS, WiFi etc. But still loves E71, because of the QWERTY key 

August 4th, 2009 at 11:31 am
mencuba panorama.
tapi mana gambo panoramanya..
August 10th, 2009 at 10:15 am
PR nokia x bg lagi daa.