This Month Snippet

1. Macam dah lama tak update blog. Reasonnya, aku tak tahu nak mula kat mana. Banyak sangat nak di blogging kan. Dulu aku rasa takder keperluan blogging2 nih suma. Tapi skang ni baru aku tau betapa banyak manfaatnya blogging. Semua rakan tetangga pun aku ajak blogging sama. Jadi cikgu blog lah pulak. Macamlah pandai sangat.. huhu

2. H1N1. Aku masih takder kesedaran. Tak pakai mask meskipun ada dalam beg yang aku bawa setiap hari. Harga mask melambung naik RM8 sekeping (pergh apa ke halnya mahal sangat nih). Kalau aku beli stok banyak2, then tunggu harga cam harga emas pastu jual. Mau kayo makcik. Permintaan terlalu tinggi dan seperti biasa akan ada pihak2 mengaut keuntungan lebih pada masa ‘kecemasan’ macam ni. Sama juga macam desas-desus penyebaran H1N1 adalah dirancang. Membuatkan orang ramai mula ‘cemas’ dengan situasi yang tidak tahu hujung pangkalnya. Hanya menanggung akibat. Aku pun x tahu!

3. Rentetan kepada penularan H1N1, banyak aktiviti outdoor, berhimpun, dll terpaksa ditiadakan atas sebab keselamatan. Dan banyak juga aku terima email, artikel, doa untuk mengelak daripada wabak ini. Langkah sewajarnya memang harus diambil, kebersihan, doa, amalan kesihatan. Namun jangan kita lupa yang akhirnya nanti Allah jua yang menentukanNYA.

4. Banyak benar urusan aku yang tertangguh kerana orang lain. Cakap susah, tak cakap pun susah. Kenapa ada sesetengah orang sanggup menganiaya orang sampai macam ni, kemudian katakan aku pula yang menganiaya dia. Sabar aku ada tahapnya dan nampaknya aku masih belum sampai ke limit sabar aku kerana masih mampu bertahan setelah menunggu 8 bulan untuk perkara itu selesai. Why!

5. Lawatan kumpulan pelajar2 aku akhirnya berjaya juga diadakan. Walaupun ada beberapa pelajar yang tidak hadir tanpa sebarang sebab. Pameran darurat Muzium Negara, well not to bad. Can learn a lot even from a small exhibit.

6. Hate politic.. love politic.. hate politic… love politic. Well this is not a statement. It’s a thought!

7. Baju kurung cotton aku dah siap, terima kasih kat mak. Dah lama sangat aku nak pakai kurung cotton tapi tak beli2 juga. Akhirnya beli kain kat Bandung, minta mak jahitkan. She’s a superb mom! Tak pakai lagi, aku tunggu first day puasa. Bergayanya aku di bulan puasa ini.. haha

8. Tuesday is badminton day! Thanks to JJ and her abang angkat from Toyota, aku ngan budak2 aku berpeluang main badminton regularly every week. Hari ini merupakan last day sebelum kitorang stop for fasting month. Sports and me.. not really a good bond. But at least i try…

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. To the readers, I am one of the students that were absent during the muzium trip, here I must say that I apologize for my absence, I do care very much about history and eager to go but somehow God does not make it possible for me to go that day, still things will never change if I were to state the reasons…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *