Selamat Menunaikan Rukun Islam Ketiga

Aku tak sempat pos apa-apa langsung pasal bulan Ramadhan kat blog nih. Tak lengkap rasanya, nak-nak pulak aku jeling kawan sebelah aku tengah blogging pasal puasa. Mana boleh tengok je.. huhu

Ramadhan aku kali ini rasa sungguh bersedia. Seronok. Hari pertama aku sempat bertarawih kat Masjid Shah Alam. Punyalah ramai orang tapi banyaknya yang buat lapan rakaat je, termasuklah aku. Kemudian aku bertarawih kat surau opis aku. Tak ramai sangat orang dan tenang. Cuma akhir-akhir ni macam liat sket nak tarawih berjemaah. Kenapalah masih xde kesedaran aku ni.

Macam-macam juga kejadian dan dugaan yang berlaku sepanjang bulan puasa ni. Urusan yang aku tunggu nak dekat 8 bulan dah ni (hampir setahun) masih belum selesai. Ada sahaja alasan dan halnya. Bila satu perkara selesai, berbangkit yang lain pula. Betul-betul mengajar aku untuk bersabar. Tapi ada hikmahnya ini semua berlaku. Bukankah tiap sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Apa pun aku bersyukur kerana aku masih dapat mencapai hasrat aku sebelum raya ni. Nak suprise kat mak!

Aku belum merasa tepung gomak yang sedap lagi. Bazar ramadhan pun tak banyak yang menjual. Jujurnya, aku hanya jumpa setempat je yang jual iaitu kat rumah kakak aku kat cheras itu pun tahap baling kat kucing, kucing leh pengsan. Bazar seksyen 13 xde dan seksyen 18 aku tak explore habis lagi. Aku gian popia pulak tahun ni. Tapi aku rasa tiap2 tahun pun aku mesti nak makan popia punya bulan puasa. Abah aku selalu belikan kalau aku balik puasa. Tahun ni tak balik, balik bila nak raya nanti. (minggu depan je pun x lama lagi dah).

Budget raya seperti biasa terbabas. Ntah apa yang aku beli. Tetapi asalkan lepas untuk mak ngan abah, pun aku dah bersyukur banyak. Xde apa yang istimewa untuk diri aku sendiri. Cuma sepasang baju dan dua helai tudung. sebab yang lain mak aku dah jahitkan siap2. hehe

Sepertimana biasa, jika nak cuti raya dan panjang pula tu straight seminggu, kami di pejabat ni sibuk2 belaka. Nak menyiapkan bahan sebelum deadline dan cuti. Alhamdulillah bahan dan selesai, tunggu layout je. Harapnya semua berjalan lancar. Bolehlah semua cuti dengan hati tenang. Sesekali bekerja dalam tekanan, kita sebenarnya boleh bekerja dengan baik dan pantas. Mungkin kerana matlamat nak menyiapkan sebelum bercuti, maka berkobar2lah, biarpun terpaksa bersengkang mata.

Pintaku semoga rukun Islam ketigaku ini diterima olehNYA. Wish semua umat Islam selamat meneruskan Puasa. Jangan bukak periuk or drive-thru McD time lunch! huhu

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. zaman shah says:

    Semoga Puasa dan Amalan kita di terima Allah,bila agaknya buku baru akan terbit?:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *