Minum Kopi Stail Mewah

Jika korang pernah ke Summit USJ atau ke Mydin/ Giant USJ, pasti korang akan ternampak kafe Alicafe ni kat bangunan baru bertentangan dengan Giant tuh. Aku berkesempatan minum kat sini semalam. Ok juga tempatnya, rileks sahaja. Just to have a cup of coffee, RM3.80 per cup, ermm okaylah. Padahal boleh bancuh je kat rumah. Tapi sekadar nak take some time rileks ngan kawan2.

Konsepnya macam kopitiam. Selain minuman jenama PowerRoot, ada juga makanan dan snek2 lain. Aku minum Per’l Cafe ngan sandwich tuna. Not bad. In term of pricing, i have no comment. Mamak would be much cheaper. Tapi kalau korang nak rasa suasana berbeza, boleh kunjungi kafe ni. Sekali sekala apa salahnya.

Oh bagi mereka yang parking side paling tepi, plz watch out. Pembahagi jalannya punyalah tinggi. Kalau sayang kete, bukaklah pintu kete tu pelan2.. Kalau naik kete tinggi tu xperlah, bolehlah korang eksen. Kalau setakat kancil, kelisa, wira, myvi tu, aku rasa mesti kena punya time bukak pintu. gedegang!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. Mamak is always the best……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *