Ini isu serius!
Tarian pendet mencetuskan isu serius yang cukup besar di antara dua negara jiran. Satu rumpun sudah tidak memberi makna lagi bagi sesetengah orang oleh kerana masing-masing melebihkan sentimen kenegaraan. Sebenarnya bukan tarian pendet yang menjadi persoalan. Ini kerana ketegangan antara dua negara ini sudah lama berlaku, cuma antara ‘nampak tak nampak sahaja’. Kemudian muncul tarian pendet umpama mancis yang membakar mercun. Menyemarakkan suara-suara nyaring dan akhirnya melukakan. Aku berharap ini semua tidak berlaku, namun kini sudah berlaku dan dikhuatiri semakin besar dan berpanjangan. Manusia mudah dimainkan oleh perasaan, mudah pula bertindak mengikut amarah yang memakan jiwa. Diusik, melatah. Cuma aku takut nanti pasti akan ada yang menyesal…
