Kerja diikuti dengan kerja
Selepas balik dari cuti raya, memang aku tak menang tangan. Lepas satu kerja diikuti dengan kerja yang lain, sampai aku tak sempat nak update apa-apa dalam blog ni. Kesian ko blog, sepi je ko kat sini. Gambar budak kelas yang aku janji nak upload pun tak diupload lagi. Banyak yang perlu diselesaikan. Need more time.
Dan aku akhir-akhir ini asyik hilang sentuhan nak buat kerja. Itu sebab aku punya kerja nak disiapkan sampai berminggu. Tengok kawan-kawan kiri kanan ketuk story sampai berasap keyboard. Yang aku menggunakan dua jari membuat ketukan dari jarak jauh dengan harapan artikel leh complete. Tak ke kurang bijak tu. Working on a stress time really not a good idea, not my way of working. Tapi kali ini, peduli apa dengan stress, kena buat jugakk!!
Aku tak tahu apa yang mengusutkan fikiran aku. Aku fikirkan macam-macam. Apa pun aku kena get myself back together. or else?? apa-apa ajelah.
Masa takkan pernah cukup buat mereka yang suka menutup kesedihan dengan masa. Ianya tidak akan berakhir. Dan masa yang akan terus berlalu meninggalkan mereka yang leka. Leka dengan kesedihannya -nadila

October 12th, 2009 at 12:45 pm
hilang passion dan desire?
keadaan dan manusia2 sekeliling mempengaruhi kita.
me too… such a horrible, it was not the real me anymore… haha
October 13th, 2009 at 2:04 am
Teruskan perjuangan dalam arena saudari..
..Semangat terus berkerja..selagi ada hayat
October 14th, 2009 at 11:12 am
Salam.
Puan, saya dah beli buku a-z pada april 09 di kota kinabalu. sehingga hari ni saya masih belek-belek lagi buku untuk mencari panduan. Malangnya saya ada beberapa kemusykilan yang tiada jawapan di buku itu.
1. Boleh bagi satu nama buku atau blog yang menceritakan tentang a-z blog wordpress? Nampaknya ada sedikit perbezaan dalam kendalian blogspot dan wordpress.
2. Puan ada sebut tentang blog seorang ibu tunggal yang sangat menarik. Apa URLnya?
Sebelum dan sesudah, saya ucapkan terima kasih. Wassalam.
November 11th, 2009 at 2:01 pm
lama tak update blog nih ani.
@abunuha :
1 - takde buku lagi, rajinkan try and error. dan search google, selalunya semuanya ada.
December 10th, 2009 at 12:50 am
Saya tercari2 buku tentang pembikinan blog, alhmdullihah jumpa buk a-z blog kat kedai-belilah satu.TQ…bagus utk saya yang baru belajar.