Blog bukan tempat luahan sesuka hati

Lama tak update blog ni. Aku sangat tiada masa dan bila aku ada masa, aku takde mood untuk memblogging. Dalam pada musim aku tidak memblogging ini macam2 pula aku dengar tentang blog. Orang gunakan blog utk sampaikan pendapat dengan sesuka hatinya, tidak ingat perasaan orang lain, tidak fikir halal haram, main taram jer. Bila dah kena tindakan barulah nak melenting takde kebebasan bersuara dan sebagainya.

Ada kalanya aku hairan tengok manusia ni. Bila dah disediakan kemudahan, suka disalahguna. Misalnya blog, digunakan sebagai medan menghentam orang lain dan untuk menyebarkan perkara yang tidak baik. Walhal blog seharusnya menjadi platform positif yang boleh digunakan manusia sejagat. Namun apa nak kata, itulah lumrah manusia.

Tetapi, dalam pada aku tengok berita-berita begini, sempat juga aku mendapat idea untuk lebih mempraktiskan blog dalam kerja aku iaitu dengan mengadakan pertandingan blogging dan seumpamanya. Walaupun dah ada yang pernah buat seumpama ini, aku ingin mencuba untuk bidang kerja aku pula selepas ini. Tengah cuba mendapatkan sponsor yang hebat kalau berjaya. Bagi yang berminat untuk menyertainya, nnt aku akan maklumkan detail2nya once aku mendapat confirmation. Kalau ada sesiapa yang bermurah hati nak bagi idea pun bagus juga, just shout out.  Blogging Gumbira Hati Pun Senang!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *