Kena beli original maaaa…
Ada masa2nya aku suka beli barang yang original, bukan kerana nak berlagak, tetapi bila kita beli original ada warranty dan banyak kelebihan-kelebihan lain meskipun harganya agak mahal sedikit. Kes terbaru kakak aku beli henpon E71 recon, underwater, “barang kastam”, black market, dan apa jualah istilahnya. Pada mulanya terkedu aku mendengar dia membeli henpon itu dengan hanya RM400 (sedikit jeles). Kira amat murah jika hendak dibandingkan dengan RM1850 harga pengenalan henpon ni dulu. Dia pun siap call aku menyatakan kegumbiraannya.
Malang sekali, henpon yang dibeli itu adalah China Made dan mempunyai OS yang tidak lengkap. Ciri yang sepatutnya ada pada E71 xder, antaranya WiFi, Media Player, GPS dan apa ntah lagi dia cakap ngan aku. Aku suruh dia gi lowyat kasi bikin, masuk OS dan software baru. Org Lowyat kata “soli aa kakak, tala boleh buat”. Nantilah akak aku cuba cari solusinya.
Bagi barangan atau gajet IT, aku mmg teramat suggest beli sahaja yang original. Kalau mahu murah, beli time harganya dah turun sedikit, biasanya dalam masa sebulan dua sahaja. Paling penting dapatkan Warranty agar tidak berputih mata. Produk IT juga seperti benda2 lain, sensitif. Bergantung kepada cara anda menggunakannya dan jenama juga memainkan peranan. Kalau beli mahal, tapi pakai mcm tak hingat dunia, faham2 sahaja keadaanya. Tetapi lebih ’sakit’ kalau dah beli mahal2, rosak, xder warranty, time tu ‘lu fikirlah sendiri’. huhu

December 2nd, 2009 at 11:28 am
teka sape aku…..komen dari aku sangat bagus……..upgrade kan lagi.tahniah