Cahaya lampu di ‘I-City’

Tidak berapa jauh daripada tempat tinggal aku, adanya i-city, salah satu daripada projek terbaru MSC yang telah dibuka kepada orang ramai. Meskipun dekat dengan rumah aku, aku hanya perasan tempat ini bila aku dalam perjalanan balik daripada Bukit Raja, Klang. Ntah bila diorang buat ntah, alih-alih dah ada bangunan dan bukan main besar lagi kawasannya. Aku terpesona dengan cara diorang menghias tempat ni sampaikan kawan aku panggil tempat ni Farmville (sebab pokok krismas dan pokok buah yang diorang posing kat gambar ni), sorang lagi panggil Disneyland. Dah 3 kali aku berkunjung ke tempat ni, xde buat apa, cuma menikmati lampu neon buatan manusia yang dihias pada pokok. Eh bukan menghias pokok, tapi seluruh pokok itu dibuat khas dengan mentol lampu. Memang menarik! Khabarnya ada sambutan krismas 25hb iaitu hari ni (salji buatan turun dari bangunan) dan 31hb nnt sambutan tahun baru akan digegarkan dengan kemeriahan konsert dan bunga api. Nice..nice.. tapi tak tau lagi nak pergi ke tak.

Route: Masuk ikut seksyen 7, Shah Alam. Bagi mereka yang biasa dengan shortcut ke Bukit Raja daripada seksyen 7, iCity ada sebelah kiri. Just selepas traffic light. Bagi yang dari Klang, memang korang akan nampak signboard i-City, just follow. Masuk simpang yang ada signboard MSC.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *