DiGi Internet
Punyalah ‘cantik’ gambar aku. No offense, amik tgh malam maa. Itu je yang handphone aku terdaya. Anyway, aku berpeluang mencuba DiGi Internet, modem internet mobile daripada DiGi yang telah dibeli oleh abang ipar aku. Aku mengambil peluang yang ada untuk mencubanya di kampung dan hasilnya tidaklah begitu mengecewakan. Boleh main Farmville, Facebook, update blog, download lagu dalam masa yang sama. Speednya tidaklah selaju Streamyx, tapi bolehlah jika aku nak bandingkan dengan Maxis Broadband yang pernah aku pakai dulu. Sampai bila performance ini akan bertahan diĀ Batu Pahat Johor, bergantung kepada ‘kesibukan’ orang ramai yang akan memakainya selepas ini. Buat masa sekarang, bolehlah tahan lagi.

