Maxis oh Maxis
Petang ini, aku sangat kecewa kerana masalah Maxis yang tak sudah-sudah. Kali ini nama aku di’blacklist’ untuk mendapatkan broadband celcom. Bukan kerana diorang tak geng atau tak ‘kawan’, tetapi kerana aku kononnya ada outstanding amount yang menyebabkan nama aku blacklist. Gilaa!
Dengan nada penuh geram dan marah aku pun menelefon Maxis Customer Care. Officer pertama menjawab dan kemudian membuatkan aku menunggu begitu lama dan akhirnya line disconnect. Kemudian aku menelefon sekali lagi dengan masih mengekalkan kegeraman dan kemarahan level yang sama, sorang officer menjawab dan menyelesaikan masalah aku. Dia kata aku ada outstanding amount sebanyak 20sen. Bukan RM200, RM2000 atau RM20,000 ya kawan2. Aku ulangi ianya adalah sebanyak ringgit malaysia 20sen daripada akaun kedua aku.
Punyalah aku marah, kerana 20sen nama aku di’blacklist’. Aku faham itu disebabkan computer system yg secara automatik akan blacklist kalau ada outstanding amount meskipun sedikit. Tetapi kemarahan aku meningkat levelnya bila dia kata daripada akaun kedua. Bila kala pulak aku daftar akaun kedua dan buat apa aku nak bukak dua akaun cik kak oi.
Diingatkan balik, aku memang pernah dapat dua bill dgn nombor akaun yang berbeza-beza. Nombor phone dan nama sama. Aku pernah tanya dengan officer Maxis sebelum ini. Dia kata abaikan, gunakan yang baru. Macam mana boleh abaikan, sebab nama aku digunakan untuk dua akaun. Kesilapan apa nih? Alih2 nama aku blacklist kerana aku tak bayar 20sen tuh.
Ini bukan soal wang, 20sen langsung tak menjadi isu. Soalnya mcam mana perkara ini boleh berlaku. Bila ditanya hanya dijawab ringkas “memang tertera di sini macam ini ya”. Itu sahaja jawapannya. Oh so upset with Maxis. Benda ni dah menyusahkan aku nak ke Maxis Centre, kemudian minta surat clear, bawak ke Celcom. Pastu Maxis Centre bukan dekat, bukak time tertentu, bila masa pulak nak pergi. Kan ke dah susah tu. Tiada ketelusan. Grrr.
