Its A Brand New Year

Dah enam hari kita berada di 2010. Serius aku tak sedar, sedar time 1 Januari je sebab cuti, haha. Awal tahun aku kali ini dimulakan dengan persekitaran yang sibuk. Kenapa aku sebut persekitaran? kerana orang-orang sekitar aku pun sama sibuk macam aku. Kakak aku hantar anak sekolah, kawan aku pindah rumah baru, keje pula menimbun2 kerana aku yang sengaja menimbunkannya sebab asyik maen ladang jer. huhu

Dan aku plak sibuk nak menguruskan hal rumah sewa. Cari orang menyewa dengan aku, kemudian operasi mencantikkan rumah orang lain (almaklumlah disewa). Sedar tidak sedar, enam hari ini masih terasa seperti di 2009 lagi.

Azam? Ada beberapa listing cuba dicapai pada tahun ini. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *