Kelip-Kelip Kampung Serangga Yang Memukau Dunia

Menyusuri sungai Selangor di malam hitam, melihat ciptaan Allah yang kecil dan bercahaya itu membuatkan aku tersedar bahawa Allah merencana setiap sesuatu dengan se’detail-detailnya’. Siapa menduga serangga sekecil Kelip-Kelip boleh membuatkan dunia kagum dengannya. Ini kerana Kelip-Kelip seperti yang terdapat di Kg Kuantan, Kuala Selangor itu hanya boleh didapati di beberapa buah negara dan Malaysia adalah salah satunya.

Aku sebelum ini sudah beberapa kali bercadang untuk melihat Kelip-Kelip di Kampung Kuantan. Namun, banyak juga suara2 yang menyatakan Kelip-Kelip dah tak banyak, tak best, mahal dan sebagainya membuatkan aku berfikir dua tiga kali. Tetapi akhirnya setelah sampai ke sini, aku merasakan ‘pengalaman’ adalah lebih berharga dari segala-galanya dan usaha pihak seperti TNB untuk memelihara populasi Kelip-Kelip patut kita pandang tinggi memandangkan tidak semua negara mempunyai ‘penerbang lemah’ (as told) ini dan kita bertuah kerana dapat melihat Kelip-Kelip di tempat kita sendiri.

Seperti yang diberitahu oleh Aishah (salah seorang researcher muda TNB), terdapat tiga spesis Kelip-Kelip utama yang boleh dilihat di Kg Kuantan. Dan yang sangat jelas adalah Kelip-Kelip beritma. Kenapa beritma? Sebab ia akan berkelip-kelip pada ritma yang sama dikalangan ratusan dan hingga ribuan Kelip-Kelip pada satu tempat. Kata aishah macam pokok krismas. Tapi bagi aku mcm ‘malam raya’. Unik dan membuka minda! :clover:

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *