Canon IXUS 300HS

Aku baru balik daripada pelancaran kamera terbaru Canon, Canon Ixus 300 HS yang nyatanya akan menjadi siri premium bagi rangkaian model Ixus keluaran syarikat itu. Mereka menjangkakan jualan sebanyak 2,000 unit setiap bulan untuk model ini dan ia disampaikan sendiri oleh Presiden & CEO Canon Marketing Malaysia, Mr Liew Sip Chon. Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ialah pelakon terbaik Hong Kong dan duta Canon sejak 16 tahun lalu, Simon Yam.

ixus-300hs-red-06

Dari segi spesifikasi kamera, Canon iXus 300HS menawarkan sensor imej 10.0MP, keupayaan 3.8x zum, pemproses imej DIGIC 4, LCD 3.0 inci, dan rakaman muvi. Ciri lain yang menjadi kelebihan kamera ini pula ialah Aperture besar F2.0, mod Image Burst, keupayaan rakaman cahaya rendah, efek FishEye, HDMI, mod pintar senyuman, Wink Self Timer dan banyak lagi. Harga RM1,499. Available color Red, White and Black. Nice feature but still im looking for a DSLR/SLR camera.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *