Asus U-Bamboo Komputer Riba Konsep Kerangka Buloh Asli

Asus melancarkan komputer riba rekaan kerangka Buluh terbaru yang nampak elegan tetapi bagi aku lebih sesuai untuk mereka dengan jiwa ‘serius’. Bukan rekaan olok-olok ya, tetapi bahan yang digunakan untuk membuat kerangka luar komputer ini dikatakan diperbuat daripada buluh asli. Spesifikasi yang boleh diharapkan seperti Intel Core i5-450M 2.4GHz, Windows 7, 13.3″ HDD Slim Type LED, 4GB DDR3 RAM dan 640GB SATA HDD.

 

Ini pula satu lagi siri terbaru NX90 yang aku kira lebih mengujakan buat mana-mana pengguna sekalipun. Rekaannya yang unik atau disebut sebagai estetik ini menampakkan komputer riba 18.4″ ini lebih moden. Ia dikuasakan oleh kuasa pemproses terkini Intel Core i7, memori sistem sehingga 12GB DDR3 1066MHz, kad grafik NVIDIA GeForce GT335M 1GB DDR3 dan sokongan HDD sehingga 1280GB.

asus-nx90

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. Sophon says:

    Tuan rumah ni pengarang MPC ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *