HP iPAQ 912

Im looking for a PDA but just dunno yet what to buy. Few names in mind (argh aku nak PDA!). Anyway ini salah satu PDA terkini daripada Hewlett-Packard (HP). Belum berkesempatan nak explore lebih-lebih PDA ni, cuma dapat browse thru beberapa function PDA ni time event HP.

But here some of the function and spec given by HP:

Petikan Majalah PC – HP iPAQ 912 menawarkan fungsi bisnes dan peribadi seperti emel, mengambil dan memuat naik gambar, papan kekunci QWERTY dan GPS untuk anda navigasi jalan. Anda boleh melayari Internet atau emel menerusi sambungan wayarles kelajuan tinggi HSDPA 7.2MB atau 3G dan menyelaras kandungan dengan mudah antara PC pejabat atau PC di rumah dengan telefon ini.

Selain boleh mengendalikan beberapa akaun emel dalam satu masa, ia juga dikatakan mempunyai fungsi untuk anda membaca serta respon kepada emel secara bebas tangan menerusi HP Voice Reply. Bolehlah anda respon emel penting sambil memandu atau berjoging. Begitu juga dengan beberapa fungsi lazim lain, ia boleh dikawal secara suara menerusi Cyberon Voice Commander.

Ciri lain yang boleh diberi perhatian seperti fungsi Snapfish untuk anda memuat-naik gambar dan mencetaknya secara talian; GPS dengan peta Google atau hos peta lain seperti MapKing, Copilot dan Agis; WiFi 802.11 b/g dengan sekuriti WPA2; Bluetooth dan sistem operasi Microsoft Windows Mobile 6.1 Profesional. Harga RM1,888.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *