Yes 4G Huddle Unboxing Reviu

Peluang mencuba Yes 4G Huddle dua minggu lalu tidak aku sia-siakan. Aku gunakan ‘kaw-kaw’ huddle ini sepanjang aku di Shah Alam, Lebuhraya Utara-Selatan, sehingga ke Johor Baharu. Sampai ke kastam area before masuk ke Singapore pun aku masih mendapat coverage yang memuaskan. If you ask me, ya aku akan cakap aku mahukan ini.

Bukan apa, menggunakan Yes Huddle ini membolehkan aku mengakses Internet secara mobil sepenuhnya. Buka huddle, kemudian aku boleh mengakses Internet menggunakan komputer Viao kesayangan aku, iPhone ataupun mana-mana gajet yang boleh capai WiFi, serentak! Yes 4G Huddle boleh menyokong sehingga 4 pengguna sekali pakai. So kalau korang berminat, bolehlah gunakan benda ini untuk seisi rumah.

Mungkin ada yang memperdebatkan apa bezanya Yes 4G Huddle dengan Maxis or Digi yang juga menawarkan benda yang sama macam ni. Well, satu benda yang boleh aku ceritakan ialah kelebihan dari segi 4G. Yes 4G satu-satu penyedia servis Internet Mobil 4G sepenuhnya yang menyokong integrasi pelbagai peranti dengan satu akaun yang sama. Apakah maknanya?

Maknanya, jika korang dah sign up dengan Yes 4G, korang akan menerima satu ID dan talian 018. ID ini boleh digunakan untuk mengakses Internet meskipun menerusi Yes 4g Go (dongle), Huddle dan terbaru diorang keluarkan Zoom (20 user) serta Buzz (tepon 4G satu-satunya). Jika korang selesa nak gunakan Buzz, maka korang boleh masukkan ID Yes dan kemudian akseslah Internet sesuka hati dari telefon bimbit itu. Malah anda boleh membuat panggilan seperti biasa menggunakan nomkbor 018 yang diberikan. Takde ekstra charge. Daripada satu akaun yang sama, anda boleh mengakses Internet dan membuat panggilan.

Huddle un-box

Huddle un-box

Begitu juga dengan Huddle. Sekiranya anda selesa untuk mengakses Internet menggunakan komputer dan pada masa yang sama menerusi telefon bimbit, Huddle adalah lebih disyorkan. Menerusi satu ID yang sama, anda boleh gunakan Huddle untuk membina rangkaian WiFi dalam jarak 30meter persekitarannya. Akses Internet gunakan komputer atau kemudian download Apps menerusi rangkaian Wifi ke iPhone. Semua pilihan adalah terletak di tangan anda.

Menariknya Yes 4G ini juga ialah anda hanya membayar apa yang anda gunakan.

Yes 4G menggunakan sistem ‘top-up’. Jika korang top-up RM100 misalnya, korang boleh gunakan sehingga kredit limit tu habis dan kemudian tambah lagi. Jika guna, bayar. Tak guna, jangan bayar. Malah anda boleh top-up serendah RM30 untuk penggunaan Internet 4G ini. Di kawasan-kawasan yang mendapat coverage penuh, Yes 4g bekerja dengan superbly. Namun, ada juga kawasan-kawasan yang tak dapat coverage. Adjust sikit kedudukan device tu, untuk mendapatkan signal. Pandai-pandailah yer.

Yes 4G Huddle so far so good. If further, i dont know. Peace!

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. kaizendeen says:

    Pinjam nk try boleh…dengar citer yes ni laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *