Buat filem animasi sendiri

Aku berkesempatan singgah ke laman web DigitalFilms.com baru-baru ni (wah cam g melancong plak). Website ni membolehkan kita hasilkan sendiri muvi animasi mudah secara langkah demi langkah. Kita boleh pilih latar, karektor, masukkan mesej untuk dibualkan oleh karektor kita tu dan banyak lagi. Kalau korang nak mencuba, pastikan PC korang telah diinstall dengan Adobe Flash Player dan korang juga memerlukan tahap dedikasi dan kesabaran yang tinggi (almaklumlah asik nampak perkataan Loading je). har har

Kita boleh pilih karektor lelaki atau perempuan ngan tetapan muka, baju dan seluar yang disediakan. Janganlah expect to much, ada beberapa pilihan je tapi cukuplah untuk buat karektor tu nampak menarik. Muvi animasi ni boleh digunakan untuk menyampaikan mesej ringkas kepada pembaca Blog anda ke, nak bagi kat kawan sempena birthday ke dan sebagainya mengikut budibicara dan kehendak masing2.

Aku dah try kat blog ni, tapi semacam lembapnya. Tapi kalo korang ni golongan orang2 terpimpin dengan kesabaran yang begitu menebal seperti yang aku katakan tadi, leh try paste code/url kat blog korang (aku cuma bagi screenshot je sbb aku ni kureng sket penyabarnya :). Tapi korang still boleh emel muvi animasi yang dihasilkan untuk impress kengkawan yang ingatkan korang dah bukak studio sendirik buat animation.

Maklumat lanjut pasal web ni boleh tengok dalam MPC Disember atau pegi kat address ni www.digitalfilms.com (aberakedabera anda akan dibawa ke sana). Puffsss….

screenshot

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

1 Response

  1. kaizendeen says:

    wah bagus ni..banyak info la dlm blog awk ni…nti nk try wat animasi sendiri..hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *